awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Alunan al-Kahf di masjid UIAM

Sinar Harian
Sinar Harian
29/05/2019
09:47 MYT
Alunan al-Kahf di masjid UIAM
WUIF mengajak orang ramai hadir ke Masjid Sultan Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia untuk bersama-sama gemakan masjid itu dengan bacaan surah al-Kahf pada Khamis. - Sinar Harian
BERBAKI sehari lagi sebelum majlis World #QuranHour berlangsung, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) mengajak orang ramai untuk hadir ke lokasi perdana di Masjid Sultan Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) untuk bersama-sama gemakan masjid itu dengan bacaan surah al-Kahf.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Marhaini Yusoff berkata, bacaan surah tersebut akan dipimpin oleh 11 qari dari pelbagai latar belakang dan diharap bacaan itu turut diikuti para peserta.
“Sebelum ini, ramai peserta hanya mendengar bacaan surah terpilih yang disampaikan qari tanpa membacanya sekali.
“Jadi kali ini, kita mahu gemakan masjid UIA dengan suara peserta sebagai tanda sokongan dan kesungguhan membaca surah ini,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.
Menurutnya, para peserta di lokasi hotspot lain juga diharap tidak terkecuali untuk membaca bersama-sama secara serentak baik yang dikongsi di media sosial atau lokasi masing-masing.
“Sebelum ini mungkin ada antara kita, tidak pernah membaca keseluruhan surah ini iaitu 110 ayat, jadi harap di UIAM nanti akan menjadi ruang orang ramai membaca sama-sama sehingga ke akhir ayat.
“Namun jika yang mengikuti di lokasi lain atau persendirian, orang ramai tidak terikat untuk mengikuti surah sehingga akhir kerana mungkin ada keterbatasan dan perkara lain yang mahu dilakukan. Asalkan dapat sertai bacaan pada awal program itu sudah memadai,” katanya.
Dalam pada itu mengulas mengenai bacaan surah pula, Marhaini berkata, ia akan dipimpin oleh 11 qari secara bergilir-gilir mengikut halaman al-Quran.
“Pemilihan qari dari pelbagai latar belakang yang terdiri daripada penuntut, pensyarah, selebriti, qari tilawah al-Quran dan beberapa pihak lain sebagai kombinasi pembangunan negara.
“Briefing sebelum acara telah kita berikan kepada yang terlibat dan ia masih berjalan sehingga esok (hari ini) terutama lokasi hotspot di dalam negara mahu pun luar negara,” katanya.
Topic Berkaitan
#Marhaini Yusoff
#Masjid Sultan Ahmad Shah
#qari
#UIAM
#Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
#World QuranHour
#WUIF
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan