awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemotong rumput rogol adik ipar kekal dipenjara 28 tahun, 24 sebatan
Indonesia rancang bangun jana kuasa nuklear secara berperingkat
PNB nilai tawaran am sukarela Sunway ke atas IJM berdasarkan pertimbangan komersial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Alvin Tan disiasat di bawah Akta Hasutan kerana cemuh pemimpin negara

Cynthia Ng
Cynthia Ng
29/09/2014
08:54 MYT
Alvin Tan disiasat di bawah Akta Hasutan kerana cemuh pemimpin negara
Alvin Tan disiasat di bawah Akta Hasutan 1948. -Gambar fail
Polis sedang menyiasat penulis blog kontroversi Alvin Tan di bawah Akta Hasutan 1948 berikutan kenyataan pedas dibuat beliau terhadap beberapa pemimpin negara di Facebook baru-baru ini.
Ini merupakan kali kedua Alvin, yang turut terkenal sebagai salah seorang pasangan bloggers seks ‘Alvivi’, disiasat di bawah akta yang sama selepas beliau dan pasangannya Vivian Lee mempersenda umat Islam dan bulan Ramadan tahun lepas.
"Orang ramai telah membuat laporan terhadap Alvin Tan. Kami telah membuat penyiasatan di bawah Akta Hasutan," kata Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan dan Perundangan) Bukit Aman Datuk Amar Singh kepada Astro AWANI, hari ini.
Alvin sekali lagi menjadi tajuk utama akbar selepas melarikan diri ke Amerika Syarikat untuk mendapatkan suaka politik.
Selain mencemuh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam tulisan yang didakwa dimuat naik ke Facebooknya pada 26 September, Alvin turut mengkritik Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
"Biar siasatan selesai dulu. Kemudian, kami akan berhubung dengan Jabatan Peguam Negara untuk memutuskan urusan selanjutnya," kata Amar, ketika ditanya sama ada polis akan menggunakan langkah-langkah untuk membawa Alvin kembali ke Malaysia bagi menghadapi tuduhan terhadapnya.
Alvin dan Vivian telah diheret ke mahkamah tahun lepas bagi menghadapi tiga tuduhan di bawah Akta Penapisan Filem, Akta Hasutan dan Kanun Keseksaan tetapi berjaya membatalkan pertuduhan yang dihadapi mereka di bawah seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan.
Mahkamah, yang sebelum ini mengarahkan kedua-duanya menyerahkan pasport mereka, telah diberikan pelepasan sementara dokumen perjalanan mereka pada bulan Mei untuk membolehkan mereka menjalani penggambaran dokumentari di Singapura.
Tetapi hanya Vivian yang menyerahkan pasport kepada pihak berkuasa pada 3 Jun.
Alvin, yang kini menjadi pelarian, muncul semula di internet minggu lepas dan mendakwa bahawa beliau kini tinggal di Amerika Syarikat, selepas bersembunyi selama berbulan-bulan.
Topic Berkaitan
#Alvin Tan
#Alvivi
#Vivian Lee
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan