Kebebasan bersuara harus sesuai dan sepadan dengan identiti jati diri Malaysia yang sinonim dengan sifat budi bahasa dan nilai-nilai murni, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata dengan cara itu, kebebasan menyuarakan pelbagai pendapat berbeza dapat dilakukan secara bijaksana serta dapat menghakis rasa tidak percaya dan perasaan syak wasangka yang melampau.
"Untuk demokrasi benar-benar berfungsi seperti yang sepatutnya, rakyat dan pengamal media semestinya berpegang kepada pendirian mulia supaya tiada di antara kita yang menyimpang mahupun menyalahgunakan kuasa," katanya ketika berucap pada Malam Kewartawanan Malaysia 2013 di sini pada Rabu malam.
Beliau berkata tuntutan kebebasan bersuara di negara ini bukan sahaja berpunca daripada kesan globalisasi, tetapi dirangsang oleh akses kepada kemudahan infrastruktur internet, peningkatan taraf sosioekonomi dan tahap pendidikan.
Tegas Perdana Menteri, rakyat harus mahu dan mampu memanfaatkan kebebasan bersuara dengan menyalurkan maklumat yang tepat dan tidak mengelirukan.
"Kebebasan bersuara yang berpaksikan jati diri Malaysia akan menghadirkan semula perkongsian dialog-dialog penting di antara pelbagai kumpulan yang ada walaupun berbeza pendapat," katanya.
Najib dalam pada itu berkata landskap media dan organisasi berita di negara ini telah mengalami perubahan yang amat pesat dengan kehadiran media dalam talian melengkapi media cetak dan media elektronik sedia ada.
Tambahnya, kerap kali wujud penulis 'anonymous' (tanpa nama) di media sosial yang mengambil peluang menyebar maklumat berunsur fitnah yang boleh merosakkan keharmonian negara, berbeza dengan media arus perdana yang berpegang kepada etika kewartawanan.
Justeru, katanya dalam memastikan perjalanan media sosial tidak terus disalah guna, rakyat harus berpegang kepada prinsip dan nilai tanggungjawab terhadap apa jua maklumat yang disiarkan.
"Untuk itu saya ingin lontarkan kepada rakyat dan kalangan pengguna media sosial untuk mencadangkan apakah bentuk kawalan positif yang perlu dilaksanakan bagi memastikan nilai kebertanggungjawaban itu, dan maklumat yang disampaikan tidak melangggar undang-undang.
"Cadangan yang dikemukakan itu biarlah tidak bercanggah dengan Akta Komunikasi dan Multimedia serta Rang Jaminan MSC Malaysia yang menegaskan tiada tapisan terhadap internet," katanya.
Sementara itu, Perdana Menteri melahirkan penghargaan dan pujian kepada para wartawan yang telah melakukan tugas mereka secara beretika dan bertanggungjawab semasa pilihan raya umum ke-13 yang lepas.
Katanya, demokrasi media dan kebebasan bersuara benar-benar menjadi kenyataan dan penggunaan sepenuhnya kesemua jenis media itu dapat disaksikan semasa musim pilihan raya.
Bagaimanapun, katanya, penyebaran pelbagai bentuk pembohongan, fitnah dan hasutan kebencian dalam media sosial semasa musim pilihan raya tidak harus dibiarkan berleluasa kerana akan mendatangkan kesan buruk kepada masa depan negara.
Najib turut menyeru para wartawan untuk bijak mengetengahkan isu-isu seperti perpaduan dan usaha Malaysia untuk membangun sebagai sebuah negara yang berjaya, dalam usaha membetulkan semula
"Sebagai wartawan, saudara dan saudari turut mempunyai peranan iaitu dalam menyampaikan maklumat kepada rakyat.
"Marilah kita bersama-sama berganding bahu menjadikan Malaysia sebuah negara maju berpendapatan tinggi supaya keamanan dan kemakmuran yang dikecapi dapat dirasai oleh semua rakyat Malaysia," katanya.
Pada majlis tersebut, Perdana Menteri turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-Petronas 2012 termasuk pemenang Hadiah Kajai, Sophia Ahmad dari Berita Harian.
Turut hadir Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Bernama
Thu Jun 13 2013
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
AWANI Tonight: Flour ban deepens food crisis, cracker prices soar
The Israeli army's blockade of flour into Gaza has exacerbated the humanitarian crisis, causing a severe shortage of bread for displaced Palestinians.
AWANI Tonight: Astro's turnaround, new TV packs, and Premier League rights
Astro Malaysia Holdings Bhd reported a net profit of RM46.94 million for Q3 2024, introduced new TV packs, and renewed Premier League and FA Cup broadcasting rights through 2028.
AWANI Tonight: Govt probes alleged mishandling of deceased baby’s body
The Health Ministry has launched an investigation into the claim that a private hospital stored a newborn’s body in a freezer for two weeks, due to the father’s inability to pay the medical bills.
MPI umum Ainol Amriz sebagai CEO baharu
Institut Akhbar Malaysia (MPI) mengumumkan pelantikan Ainol Amriz Ismail sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu.
HKM 2023: Astro AWANI rangkul tiga anugerah
Astro AWANI berjaya merangkul dua Anugerah Perak dan satu Anugerah Gangsa dalam Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI - Petronas 2023.
MPI sedia beri latihan kepada korporat tingkat kerjasama dengan media
Yong berkata, pihak korporat ingin memahami kehendak media dalam pelaporan berita bagi mendapatkan liputan yang meluas.
Etika pacu kemampanan kewartawanan profesional, pemisah 'wartawan jadian'
Etika kewartawanan yang diamalkan wartawan profesional merupakan nadi kepada industri kewartawan yang mempunyai kredibiliti dan dipercayai.
MPI digesa bangunkan modul khusus AI kepada industri media
Kementerian Komunikasi meminta agar satu modul khusus untuk penggunaan kecerdasan buatan atau AI dibangunkan oleh Malaysian Press Institute (MPI) bagi memanfaatkan industri media tanah air.
MPI tawar kursus bersama HRD Corp, kembangkan latihan komunikasi dan kandungan
Malaysian Press Institute (MPI) mengumumkan mula menawarkan kursus-kursus komunikasi dan kandungan dengan kerjasama bersama Human Resource Development Corporation (HRD Corp).
Hadiah Kewartawanan Malaysia: Astro AWANI rangkul tiga emas, satu gangsa
Liputan 'Kajang Bypass' bawa tuah buat Hilmi dan Sallehin dalam Hadiah Kewartawanan Malaysia-Malaysia Press Institute (MPI)-Petronas 2022.
Inovasi Bunga Kantan Flakes raih anugerah tertinggi MPI 2022
Produk Bunga Kantan Flakes yang dihasilkan kumpulan penyelidik UniSZA dengan kolaborasi USM Kubang Kerian itu memenangi Grand Award MPI.
Malam Wartawan Malaysia 2021 ditangguhkan - MPI
Malaysian Press Institute (MPI) menangguhkan Malam Wartawan Malaysia 2021 (MWM 2021) yang dijadualkan berlangsung pada 18 Jun, berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang diumumkan kerajaan.
Kerajaan teliti isu kemiskinan secara lebih mikro - Mohd Radzi
Berdasarkan Indeks Kemiskinan Pelbagai Dimensi RMK11, wujud keperluan untuk mengkaji semula bukan sahaja Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK), tetapi juga dalam pelbagai aspek lain.