KUALA LUMPUR: Mengamalkan diet vegetarian selama hampir tujuh tahun, keputusan terbaik pernah dibuat hartawan Tan Sri Vincent Tan yang menurut beliau telah mengubah kehidupannya menjadi lebih baik.
Pengasas dan pengerusi eksekutif Berjaya Corporation Bhd yang akan menjangkau usia 70 tahun pada tahun ini berkata, vegetarianisme ditambah pula dengan tabiat sihat dengan menghindari alkohol dan merokok, membantu beliau mengurangkan risiko penyakit kronik.
"Pada awalnya bukan mudah untuk menggantikan daging dan makanan laut dengan vegetarian tetapi selepas bertahun-tahun menjadi vegetarian, kini saya tidak tahan dengan bau daging dan makanan laut seperti udang," katanya dalam ucaptama di persidangan kedua Perubatan Gaya Hidup (LM) anjuran Persatuan Perubatan Gaya Hidup Malaysia (MSLM), di sini, Khamis.
Turut hadir pengasas dan presiden MSLM, Dr Sivaneswaran Poobalasingam.
Persidangan dua hari bertemakan 'Perubatan Gaya Hidup: Preskripsi Untuk Penyakit Kronik' bermula 1 Dis itu, membincangkan bagaimana LM dapat membantu memenuhi sasaran Agenda Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam mengurangkan satu pertiga daripada kematian NCD melalui pencegahan dan rawatan menjelang 2030.
Berkongsi perjalanan bagaimana beliau mula mengamalkan vegetarian, Tan berkata, segalanya bermula semasa melawat Taiwan tujuh tahun lalu.
"Saya melawat Master Cheng Yen tujuh tahun lalu, menghabiskan tiga hari di Taiwan. Semuanya vegetarian di sana dan ketika bertemu Master beliau mencadangkan saya untuk mengamalkan vegetarian kerana ia dapat memberi manfaat untuk saya.
"Keputusan terbaik saya buat dalam hidup adalah dengan menjadi vegetarian selepas bertemu (Tzu Chi) Master Cheng Yen. Saya berasa lebih sihat dari segi fizikal dan mental serta rohani," katanya.
Tan percaya vegetarianisme cara berkesan untuk mencegah penyakit, membantunya mengekalkan paras gula dan mengawal tekanan darah selama bertahun-tahun walaupun menghadapi banyak tekanan dalam menjalankan perniagaannya.
Untuk menggalakkan keluarga dan rakannya mengamalkan vegetarian, beliau hanya menghidangkan makanan vegetarian apabila menganjurkan majlis dan membuka sebuah kafe yang menyajikan 100 peratus diet vegetarian.
Tan juga berkata, hanya empat hingga lima peratus penduduk di Malaysia mengamalkan vegetarianisme sehubungan itu, beliau menasihatkan ibu bapa untuk menyemai tabiat mengambil lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan dalam rutin diet harian anak-anak mereka.
"Kurangnya minat terhadap amalan vegetarian kerana adanya persepsi bahawa vegetarian hanya makan salad semata-mata. Tetapi saya makan nasi lemak, nasi briyani dan laksa kari (vegetarian)," kata beliau.
LM ialah disiplin baharu dalam penjagaan kesihatan yang berpotensi untuk mengurangkan kematian dan morbiditi berkaitan penyakit tidak berjangkit.
Enam teras utamanya, pemakanan yang kebanyakannya berasaskan tumbuhan, aktiviti fizikal, pengurusan tekanan, perhubungan sosial yang baik, tidur berkualiti serta elakkan merokok dan pengambilan alkohol.
- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 02 2022

Mengamalkan diet vegetarian selama hampir tujuh tahun, keputusan terbaik pernah dibuat hartawan Tan Sri Vincent Tan yang menurut beliau telah mengubah kehidupannya menjadi lebih baik. - Gambar BERNAMA

Inisiatif Menu Rahmah tidak libat perbelanjaan kerajaan - Salahuddin
Salahuddin berkata, ia adalah sepenuhnya komitmen peniaga yang secara sukarela menyertainya.

Dua kanak-kanak maut dirempuh bas di pusat jagaan
Kejadian berlaku kira-kira jam 8.30 pagi ketika orang ramai sedang menghantar anak-anak mereka ke pusat jagaan tersebut.

Pakar undang-undang antarabangsa, Prof Rothwell sampai syarahan ulung di USIM
Beliau berkunjung ke USIM dalam rangka lawatan dua hari ke Malaysia bagi menyampaikan kuliah umum berjudul The Regime of Islands under International Law'

Michael Rechner isi posisi kontroversi Bayern Munich
Tindakan juara Bundesliga itu dikatakan berpunca daripada mengalami hubungan dinginnya dengan pengurus, Julian Nagelsmann.

Fenomena 'brain drain' masih boleh beri manfaat kepada negara - TPM Fadillah
Antara faktor berlakunya brain drain adalah kerana terdapatnya fasiliti dan sistem sokongan yang lengkap di negara lain.

Pendekatan 'merakyat' lonjak populariti Anwar di persada antarabangsa - Zambry
Pendekatan 'merakyat' Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyebabkan beliau dihormati dan sentiasa mendapat perhatian di persada antarabangsa.

TFC nafi Akhyar bakal berhijrah ke Terengganu
Menurut Ab Rasid, tiada sebarang perbincangan antara TFC dan JDT melibatkan pemain skuad kebangsaan kelahiran Kedah itu.

95 peratus Aduan Suri berjaya diselesaikan - Fuziah
Sebanyak 95 peratus daripada 909 aduan yang diterima menerusi kod QR Aduan Suri sejak bulan lepas berjaya diselesaikan dan diambil tindakan.

NCCIM gesa kerajaan pertimbang langkah alternatif berhubung kenaikan surcaj elektrik
Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) menggesa kerajaan mempertimbangkan langkah dasar alternatif berikutan pengumuman kenaikan drastik surcaj tarif elektrik.

Gempa bumi Turkiye-Syria: UNESCO bimbang kerosakan pada tapak warisan
UNESCO mengambil berat mengenai keadaan di bandar Purba Aleppo, Syria yang tersenarai sebagai "Warisan Dunia dalam Bahaya."

Amalkan diet vegetarian satu keputusan terbaik - Vincent Tan
Selepas hampir tujuh tahun amal vegetarian, kini Tan Sri Vincent Tan tidak tahan dengan bau daging dan makanan laut.

Anak jutawan Vincent Tan, Chryseis umum bakal timang cahaya mata kedua bersama SM Faliq
Anak jutawan terkemuka dan usahawan Chryseis Tan mengumumkan bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi.

Dakwaan tanah kerajaan dijual kepada Vincent Tan disiasat - MB
Ahmad Samsuri berkata penjualan tanah milik kerajaan ini adalah satu isu yang besar.

BCorp lantik Muhammad Lukman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Berjaya Capital
Anak syarikat milik penuh Berjaya Corp Bhd (BCorp), Berjaya Capital Bhd, melantik Muhammad Lukman Musa @ Hussain sebagai Ketua Pegawai Eksekutifnya berkuat kuasa 16 Mac, 2022.

Abdul Jalil Rasheed letak jawatan CEO Berjaya Corp
Jalil akan melepaskan jawatannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BCorp serta semua jawatan lain dalam pelbagai lembaga syarikat yang berkaitan dengan BCorp berkuat kuasa 31 Mac 2022.

Tommy Thomas nafi gugurkan kes dadah anak ahli perniagaan terkenal
Thomas menjelaskan, beliau hanya mengurangkan dakwaan yang dikenakan terhadap anak Tan Sri Vincent Tan.

Vincent Tan gesa lebih banyak rumah mampu milik dibina untuk B40
Katanya, kebanyakan kumpulan B40 menyewa rumah kerana tidak mampu membelinya dan akhirnya bersara tanpa memiliki rumah sendiri.

Cardiff City FC lantik Jalil sebagai pengarah bukan eksekutif kelab
Jalil menerusi akaun Twitter berkata beliau berasa istimewa dan bangga untuk terlibat dalam sukan yang sangat disayanginya itu.

BMF bantu golongan B40 miliki rumah - Vincent Tan
Vincent Tan percaya usaha sosial itu akan memudahkan pembinaan hartanah yang berkos bulanan rendah untuk dimiliki oleh golongan B40.

Pengerusi Eksekutif BCorp Vincent Tan letak jawatan hari ini
Pengunduran itu sejajar dengan visi Tan untuk mentransformasikan BCorp Group kepada syarikat yang diinstitusikan serta diuruskan oleh golongan profesional.