awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amanah masih perlukan Mat Sabu

Sinar Harian
Sinar Harian
29/10/2023
00:15 MYT
Amanah masih perlukan Mat Sabu
Azizul berkata peranan Mohamad Sabu masih diperlukan parti sebelum peralihan kepada pimpinan baru yang pasti akan berlaku bila tiba masanya.
TEMERLOH: Peranan Datuk Seri Mohamad Sabu sebagai Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) amat penting bagi memelihara dan mengukuhkan Kerajaan Perpaduan.
Ketua Amanah Temerloh, Azizul Shah Mohd Noor berkata, pengalaman Mohamad Sabu sebagai 'orang lama' dalam politik yang melalui pelbagai cabaran sehingga berjaya menubuhkan Amanah dan meletakkan parti itu kekal utuh bersama kerajaan sedia ada.
“Peranan Mat Sabu tidak boleh dinafikan oleh mana-mana pihak di dalam parti.
“Kesungguhan dan kesetiaan beliau terus kekal setia bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim terbukti sejak zaman reformasi lagi,” katanya.
Beliau berkata, situasi ketika Pakatan Harapan (PH) melalui saat getir apabila sekumpulan pengkhianat bersama dalam 'Langkah Sheraton' antara bukti jelas sokongan Presiden Amanah.
”Barisan kepimpinan parti diketuai Mat Sabu tetap setia dan bekerja keras mengekalkan perpaduan dalam PH.
“Satu ketika dulu, Mat Sabu lantang melawan UMNO, namun apabila Yang di-Pertuan Agong menitahkan pembentukan Kerajaan Perpaduan, beliau berlapang dada dan menerimanya demi rakyat serta masa depan negara.
“Beliau (Mat Sabu) sentiasa bekerja keras membantu PMX (Anwar Ibrahim) mengukuhkan kerajaan perpaduan dan parti.
“Kini hubungan Amanah bersama UMNO dan parti lain dalam Kerajaan Perpaduan semakin akrab,” katanya.
Dalam pada itu, mengulas desas-desus tersebar mengatakan ada usaha pihak tertentu cuba menukar presiden ketika pemilihan parti yang akan berlangsung pada Disember depan, Azizul yakin ahli parti dan perwakilan dapat menilai dengan bijaksana.
Jelasnya, pemilihan dan pertandingan dalam parti adalah proses matang dan demokrasi.
“Tapi biarlah Mat Sabu kekal dan menghabiskan penggal terakhirnya sebagai presiden.
“Peranannya masih diperlukan parti sebelum peralihan kepada pimpinan baru yang pasti akan berlaku bila tiba masanya. Ibarat kata pepatah seperti menarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus tepung jangan berserak,” katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Mohamad Sabu
#Amanah
#Azizul Shah Mohd Noor
#presiden
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan