awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amang seksual: Mangsa peminat penyanyi, pelakon

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
13/06/2025
11:00 MYT
Amang seksual: Mangsa peminat penyanyi, pelakon
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan (tengah), pada sidang media hari ini. - Foto Bernama
SHAH ALAM: Polis mengesahkan seorang pelajar perempuan berusia 17 tahun yang menjadi mangsa kes amang seksual membabitkan seorang pelakon dan penyanyi terkenal merupakan peminat kepada selebriti berkenaan.

Ringkasan AI
  • Polis telah menghantar kertas siasatan terhadap seorang pelakon dan penyanyi lelaki kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) bagi tindakan lanjut, dengan siasatan dijalankan di bawah Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.
  • Mangsa dan suspek dilaporkan pernah bertemu dalam acara selebriti, sebelum insiden terbongkar melalui laporan polis yang dibuat oleh ibu remaja perempuan tersebut.
  • Suspek ditahan selepas dakwaan melakukan amang seksual terhadap remaja berusia 17 tahun, dan siasatan kini sedang menunggu keputusan pihak pendakwaan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, sebelum kejadian berlaku, mangsa dan suspek dipercayai pernah bertemu dalam dua acara hiburan, dipercayai konsert melibatkan artis berkenaan.
"Daripada siasatan awal, mangsa mengenali suspek dan pernah menghadiri beberapa acara yang turut disertai ibu bapa mangsa.
"Hubungan antara mereka kemudian berlanjutan menerusi aplikasi WhatsApp," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini, pada Jumaat.
Menurut Hussein, laporan polis berhubung kejadian itu dibuat ibu mangsa.
Tambahnya lagi, siasatan sudah lengkap dan kertas siasatan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.
Terdahulu, media melaporkan seorang pelakon dan penyanyi lelaki terkenal ditahan minggu lalu bagi membantu siasatan berkaitan dakwaan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan di sebuah hotel di Selangor.
Suspek disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, namun telah dibebaskan pada hari sama dengan jaminan polis.
Topic Berkaitan
#kes pelakon
#terlibat amang seksual
#kertas siasatan
#Hussein Omar Khan
#Pejabat Timbalan Pendakwa Raya
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami