KUALA LUMPUR: Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), hari ini mengeluarkan notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat dalam tempoh 24 jam di enam negeri di seluruh negara.
Di Johor, kawasan berisiko terjejas ialah daerah Batu Pahat (Mukim Sungai Punggor, Mukim Simpang Kanan, Mukim Sri Medan serta kawasan sekitarnya) dan daerah Kota Tinggi (Mukim Sedili Besar serta kawasan sekitarnya).
Bagi daerah Muar, (Mukim Sri Menanti, Mukim Ayer Hitam, Mukim Bandar, Mukim Jalan Bakri, Bandar Maharani serta kawasan sekitarnya) dan daerah Pontian (Mukim Rimba Terjun, Mukim Ayer Masin, Mukim Pontian, Mukim Ayer Baloi, Mukim Benut, Mukim Sungai Pinggan serta kawasan sekitarnya).
Di Melaka, daerah yang berisiko banjir kilat ialah di Melaka Tengah (Mukim Umbai, Mukim Telok Mas, Mukim Padang Temu, Mukim Alai, Mukim Ujong Pasir, Mukim Bukit Lintang, Mukim Padang Semabok, Mukim Duyong, Mukim Bukit Piatu, Mukim Bukit Katil, Mukim Bukit Rambai, Mukim Tangga Batu, Mukim Sungai Udang serta kawasan sekitarnya), sementara di daerah Jasin (Mukim Ayer Panas, Mukim Nyalas serta kawasan sekitarnya).
Di Pahang, membabitkan tiga daerah iaitu Termerloh (Mukim Perak, Mukim Jenderak, Mukim Bangau, Bandar Temerloh, Mukim Sanggang serta kawasan sekitarnya dan daerah Bera (Bandar Triang, Mukim Triang, Mukim Bera serta kawasan sekitarnya) manakala daerah Maran (Mukim Kertau dan Mukim Chenor serta kawasan sekitarnya).
Di Selangor, kawasan berisiko ialah daerah Klang (Pekan Pandamaran, Bandar Klang, Mukim Kapar serta kawasan sekitarnya), daerah Petaling (Bandar Shah Alam, Pekan Batu Tiga, Mukim Damansara, Mukim Bukit Raja serta kawasan sekitarnya) serta daerah Kuala Selangor (Mukim Pasangan, Pekan Bestari Jaya serta kawasan sekitarnya).
Di Negeri Sembilan membabitkan daerah Jelebu (Mukim Kenaboi, Mukim Ulu Klawang, Mukim Pertang serta kawasan sekitarnya), daerah Jempol (Mukim Serting Ulu, Mukim Serting Ilir, Pekan Batu Kikir serta kawasan sekitarnya) serta daerah Tampin (Mukim Gemas, Mukim Gemencheh serta kawasan sekitarnya).
Di Sarawak, meliputi Bahagian Kuching (Bandar Kuching serta kawasan sekitarnya) dan Bahagian Samarahan (Kg Mang, Kg Tanjung Bundong, Kg Empila, Kg Tanjung Parang, Kg Bangka Semong, Kg Nuip serta kawasan sekitarnya).
Menurut kenyataan JPS, notis yang dikeluarkan pada jam 4 petang tadi itu adalah berdasarkan makluman ramalan hujan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), sistem Southeastern Asia-Oceania Flash Flood Guidance System (SAOFFGS) dan model ramalan banjir JPS, bahawa terdapat risiko banjir kilat di beberapa lokasi di negeri terbabit jika berlaku hujan lebat atau ribut petir yang signifikan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 22 2023
Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), hari ini mengeluarkan notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat dalam tempoh 24 jam di enam negeri di seluruh negara. - Gambar fail/BERNAMA
AWANI-RareTV: Negara paling aman terletak di 'hujung' dunia
"Kamu sekarang berada di kampung Iceland, tiada jenayah di sini dan anda tidak perlu kunci."
Kementerian Perpaduan Negara pertimbang naik taraf kuil berusia lebih 100 tahun
Kuil Sri Maha Mariamam yang terletak di Ladang Kerilla, Tanah Merah itu dikunjungi penganut agama Hindu dari seluruh negara setiap hujung minggu.
Final UCL: Gelaran ke-15 Real Madrid lebih sukar dari dijangka - Ancelotti
Ancelotti berkata, ia bagaikan mimpi tetapi ia satu realiti.
Rakyat Israel gesa Netanyahu terima perjanjian yang dicadang Biden
Mereka menggesa Netanyahu menyokong perkara yang pada awalnya dicadangkan Israel dan diumumkan oleh Biden secara terbuka itu.
AWANI Ringkas: Bekas Datuk Bandar di Johor ditahan SPRM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Real Madrid raja bola sepak Eropah
Real Madrid berdepan tentangan sengit Borussia Dortmund sebelum dua gol penghujung separuh masa kedua sentuhan Dani Carvajal dan Vinicius Junior.
Menteri Israel ancam jatuhkan kerajaan jika setuju gencatan senjata
Kedua-dua menteri juga tidak membenarkan perang ditamatkan tanpa penghapusan sepenuhnya Hamas.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [2 Jun 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Azib Zikry;
Pembunuhan Zayn Rayyan: Ibu bapa ditahan reman 7 hari - KP Selangor
Tidak yakin lulus, masalah kesihatan antara faktor jumlah calon tidak duduki SPM meningkat
Malaysia kekal ungguli senarai Destinasi Mesra Muslim Terbaik 2024
Pembunuhan Zayn Rayyan: Ibu bapa ditahan reman 7 hari - KP Selangor
Tidak yakin lulus, masalah kesihatan antara faktor jumlah calon tidak duduki SPM meningkat
Malaysia kekal ungguli senarai Destinasi Mesra Muslim Terbaik 2024
Angkasawan bersedia untuk penerbangan pertama Starliner
CST-100 Starliner dengan dua orang angkasawan dijangka berlepas pada jam 12:25 tengah hari dari Pusat Angkasa Kennedy NASA di Florida.
Ringgit dijangka kekal dalam julat kecil berbanding dolar AS
Ringgit mungkin terus diniagakan dalam jajaran kecil berbanding dolar AS minggu depan dengan tumpuan kepada mesyuarat FOMC dan data ekonomi AS.
Amaran banjir kilat dalam tempoh 24 jam dikeluarkan bagi enam negeri
Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat dalam tempoh 24 jam di enam negeri di seluruh negara.