SHAH ALAM: Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) mengeluarkan notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat di lima negeri dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang berisiko berlaku kejadian itu dalam tempoh 12 jam bermula 3.30 petang Sabtu.
Lokasi tersebut melibatkan empat daerah di Johor (Kota Tinggi, Mersing, Muar dan Tangkak); Melaka (Alor Gajah dan Melaka Tengah); Negeri Sembilan (Port Dickson); Perak (Batang Padang, Hilir Perak, Perak Tengah dan Kerian); Selangor (Sepang, Petaling dan Kuala Selangor) serta Kuala Lumpur.
PRABN memaklumkan, notis berkenaan dikeluarkan berdasarkan maklumat ramalan hujan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia), sistem Southeastern Asia-Oceania Flash Flood Guidance System (SAOFFS) dan model ramalan banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).
"Terdapat risiko kejadian banjir kilat di beberapa lokasi sekiranya hujan lebat atau ribut petir yang signifikan berlaku.
"Notis kesiapsiagaan ini dikeluarkan bagi membolehkan semua penduduk terutamanya di kawasan yang berisiko untuk berwaspada dengan sebarang kemungkinan berlakunya banjir kilat bagi tempoh tersebut," menurut kenyataan yang dikeluarkan di laman Facebook JPS pada Sabtu.
Dalam pada itu, JPS turut mengingatkan orang ramai untuk mematuhi arahan pihak berkuasa atau agensi-agensi pengurusan bencana banjir.
Sebarang maklumat lanjut boleh layari laman sesawang https://publicinfobanjir.water.gov.my, Facebook @PublicInfoBanjir dan Twitter @JPS InfoBanjir dari semasa ke semasa. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Jan 07 2023
Terdapat risiko kejadian banjir kilat di beberapa lokasi sekiranya hujan lebat atau ribut petir yang signifikan berlaku. - Fail
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Perkhidmatan kereta api terjejas, ratusan amaran banjir dikeluarkan selepas ribut landa UK
Lebih 300 amaran banjir turut dikeluarkan di seluruh England dan Wales pada pagi Rabu manakala 10,000 rumah masih terputus bekalan elektrik.
Amaran banjir di Terengganu, Pahang bermula 24 hingga 26 Dis
JPS mengeluarkan amaran banjir diramal berlaku secara berperingkat di beberapa kawasan rendah berhampiran sungai di Terengganu dan Pahang bermula 24 hingga 26 Dis ini.
Amaran kemungkinan banjir di Tanah Merah, Pasir Mas pagi esok
JPS mengeluarkan amaran kemungkinan banjir di dua jajahan di Kelantan iaitu di Tanah Merah dan Pasir Mas bermula awal pagi esok.
Amaran banjir kilat di Kuala Lumpur, lima negeri
Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) mengeluarkan notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat di lima negeri dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Notis risiko banjir kilat di lima negeri dalam tempoh 24 jam
Beberapa kawasan di Johor, Pahang, Terengganu, Sarawak dan Perak berisiko mengalami banjir kilat dalam tempoh 24 jam jika berlaku hujan lebat atau ribut petir yang signifikan.
Notis risiko banjir kilat di lima negeri dalam tempoh 24 jam
Beberapa kawasan di Johor, Kedah, Pahang, Perak dan Pulau Pinang berisiko banjir kilat dalam tempoh 24 jam sekiranya hujan lebat atau ribut petir yang signifikan berlaku.
JPS keluar notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat di enam negeri
JPS hari ini mengeluarkan notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat dalam tempoh 24 jam di enam negeri iaitu Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Perak, Selangor, Terengganu dan Pahang.
8 daerah di Perak, Selangor berisiko banjir, ini senarai kawasan terlibat
Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara Jabatan Pengairan dan Saliran mengeluarkan notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat dalam tempoh 24 jam di lapan daerah di Perak dan Selangor.
10 negeri termasuk KL, Johor berisiko banjir kilat, ini senarai kawasan terlibat - JPS
JPS mengeluarkan notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat melibatkan Kedah, Perlis, Perak, Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sarawak.
Kemungkinan banjir kilat di Johor, Pahang, Terengganu, Sabah
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat bagi empat negeri melibatkan Johor, Pahang, Terengganu dan Sabah.