awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Akmal sokong PM wajibkan BM, Sejarah, minta kaji umur 6 tahun masuk Tahun 1
Mahkamah Jepun akan putuskan kes lelaki didakwa membunuh bekas PM Abe
UK pertahan perjanjian Chagos selepas Trump gelar ia “tindakan sangat bodoh”
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amaran banjir: Lima lembangan sungai di Selangor berisiko tinggi

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
27/11/2025
14:41 MYT
Amaran banjir: Lima lembangan sungai di Selangor berisiko tinggi
Penduduk di kawasan berisiko dinasihatkan mematuhi arahan pihak berkuasa serta sentiasa bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan banjir. - Gambar fail/MBSA
KUALA LUMPUR : Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara mengeluarkan amaran banjir di lima lembangan sungai utama di Selangor susulan hujan berterusan tahap buruk.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan, paras air sungai di negeri itu dijangka meningkat sehingga melebihi aras bahaya, terutamanya di kawasan rendah dalam lingkungan lima kilometer sekitar beberapa lembangan sungai utama.
Amaran itu dikeluarkan bagi memastikan langkah-langkah mitigasi awal dapat dilaksanakan oleh penduduk serta pasukan pengurusan bencana.
Antara kawasan berisiko tinggi termasuk:
Lembangan Sungai Klang (Petaling/Klang): Kg. Paya Jaras, Seksyen 13, Kg. Baru HICOM, SK Seri Serdang, Kg. Johan Setia, Taman Sri Muda, Jalan Kebun Nenas, Taman Saujana.
Lembangan Sungai Damansara: Laluan motosikal Lebuh Raya Persekutuan, Petaling, Kg. Budiman, Kg. Melayu Subang, Kg. Kubu Gajah.
Lembangan Sungai Buloh: Kawasan rendah sekitar kampung berdekatan.
Lembangan Sungai Langat: Kuala Langat – Kg. Sg. Nangka, Kg. Bukit Changgang, Taman Dato’ Hormat; Hulu Langat – Taman Desa Seroja, Taman Mahkota, Kg. Pasir Semenyih, Kg. Sg. Kantan, Kg. Sg. Serai, Kg. Sg. Gahal, Laman Gahal, Kg. Batu 23, Kg. Jawa, Kg. Batu 20, Kg. Batu 10, Jalan Cheras; Sepang, Kg. Ampar Tenang, Kg. Lalang, Kg. Sri Tanjung, Taman Delima Dengkil, Kg. Chemperai, KOA Batu 28, Persimpangan FT29/FT32, Kg. Giching, PUSPEN Sepang, Kg. Orang Asli Sg. Malut.
Lembangan Sungai Selangor: Kuala Selangor – Kg. Rantau Panjang; Hulu Selangor – Kg. Kuala Kerling, Kg. Timah.
Penduduk di kawasan berisiko dinasihatkan mematuhi arahan pihak berkuasa serta sentiasa bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan banjir.
Topic Berkaitan
#ramalan banjir
#hujan lebat
#Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara
#amaran banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan