KUALA LUMPUR:Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca buruk dengan hujan lebat dijangka berterusan di pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort) dan Pantai Barat di Sabah serta Labuan sehingga esok.
MetMalaysia dalam kenyataan malam ini turut mengeluarkan amaran cuaca waspada dengan hujan lebat di beberapa kawasan di Sarawak dan Sabah hingga esok.
Kawasan yang terlibat di Sarawak ialah Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) serta Limbang manakala di Sabah pula adalah pedalaman (Tenom, Keningau dan Tambunan), Sandakan (Telupit, Beluran dan Sandakan) serta Kudat.
Kenyataan itu menyatakan dalam tempoh tersebut, kejadian angin kencang boleh berlaku di kawasan pantai di Sarawak dan Sabah.
"Angin kencang timur laut berkelajuan melebihi 60 km sejam (km/j) dengan ombak mencapai ketinggian melebihi 4.5 meter boleh berlaku di perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sarawak, Sabah Barat dan Labuan dalam tempoh itu.
Juga angin kencang timur laut berkelajuan sehingga 60 km/j dengan ombak mencapai ketinggian 4.5 meter boleh berlaku di perairan Sabah Timur. Kejadian ini boleh mendatangkan risiko limpahan air laut di pesisir pantai dan muara sungai kawasan terbabit," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 18 2021

MetMalaysia mengeluarkan amaran cuaca buruk dengan hujan lebat dijangka berterusan di pedalaman dan Pantai Barat di Sabah serta Labuan.

Dua warga Pakistan ditahan, disyaki bunuh rakan senegara
Siasatan polis mendapati mangsa berhutang beberapa ribu ringgit dengan suspek.

Kerajaan perlu berani adakan sidang Parlimen
Muhammad Fathi tidak menolak kemungkinan berlaku pergolakan politik jika sidang Parlimen dilaksanakan, namun percaya ia memberi ruang kepada proses demokrasi di negara ini.

NCIA bantu pekerja Silverstone yang akan diberhentikan
Program di bawah modal insan adalah untuk membantu pekerja berkenaan mendapat peluang pekerjaan dan nafas baharu dalam kehidupan mereka.

Polis Ipoh minta bantuan orang ramai kesan remaja perempuan hilang
Remaja berkenaan dikenali sebagai Nurain Sarudin yang beralamat di Flat Buntong Harmoni.

Ketegangan perdagangan AS-China, COVID-19 tingkatkan eksport Malaysia - UOB
Cabaran masih wujud dalam memperkukuhkan hubungan pelaburan dan perdagangan Malaysia, melangkah ke hadapan.

Sabah benarkan kapal NCS masuki perairan ESSZONE untuk aktiviti ekonomi
Kerajaan negeri Sabah membenarkan kapal bukan konvensional (NCS) atau kumpit dari Indonesia dan Filipina memasuki perairan ESSZONE.

Peningkatan kes pembakaran terbuka punca kualiti udara tidak sihat - Tuan Ibrahim
Punca kualiti udara tidak sihat di beberapa kawasan dalam negara disebabkan oleh peningkatan kes pembakaran terbuka.

Kumpulan pertama vaksin AstraZeneca dijangka tiba pada suku kedua tahun ini
Presiden AstraZeneca bagi Malaysia Dr Sanjeev Panchal berkata syarikat itu akan terus memenuhi komitmennya dalam menyediakan akses yang meluas dan saksama tanpa keuntungan.

PM Thailand gesa pihak berkuasa kaji sijil atau passport vaksin untuk pelancong
Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan o-cha pada Selasa mengarahkan pihak berkuasa berkaitan mengkaji sijil vaksin COVID-19.

HSBC Global Research jangka BNM kekalkan OPR tahun ini
HSBC minta bank pusat membuat satu lagi pengurangan 25 mata asas yang terakhir ke atas OPR pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari 4 Mac.

MetMalaysia keluarkan nasihat ribut tropika
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan nasihat mengenai ribut tropika kira-kira 1,160 kilometer (km) Timur Laut Sandakan, Sabah.

Gempa bumi kuat 7.0 skala Richter dikesan di Kepulauan Loyalty
Gempa bumi kuat berukuran 7.0 pada skala Richter dikesan melanda tenggara Kepulauan Loyalty malam ini.

Gempa bumi kuat melanda Sumatera, Indonesia malam ini
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.3 pada skala Richter melanda barat daya Sumatera, Indonesia malam ini.

Gempa bumi sederhana gegar kepulauan Talaud, Indonesia
Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.1 pada skala Richter melanda Kepulauan Talaud, Indonesia petang ini.

Gempa bumi sederhana di Laut Banda
Gempa bumi sederhana berukuran 5.2 pada skala Richter berlaku di Laut Banda kira-kira 3.24 petang tadi.

Letupan, gegaran di Sabah, Labuan dan Brunei kekal misteri
Terdapat tiga punca kemungkinan insiden itu berlaku yang kini sudah boleh diketepikan.

Amaran cuaca waspada, hujan lebat di beberapa daerah di Sarawak
MetMalaysia mengeluarkan amaran cuaca waspada peringkat kuning dengan hujan lebat dijangka melibatkan beberapa daerah di Sarawak berkuat kuasa hari ini sehingga Sabtu (30 Jan).

Berita antarabangsa pilihan sepanjang Khamis
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

MetMalaysia uji siren sistem amaran awal tsunami di Kuala Kedah hari ini
Pengarah Meteorologi Kedah Muhammad Khalil Ab Aziz meminta penduduk setempat tidak panik sekiranya mendengar bunyi siren berkenaan.

Amaran cuaca buruk di pedalaman dan pantai barat Sabah serta Labuan
MetMalaysia mengeluarkan amaran cuaca buruk dengan hujan lebat dijangka berterusan di pedalaman dan Pantai Barat di Sabah serta Labuan sehingga esok.