KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka berlaku di Sarawak dan Sabah.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan hujan berterusan dijangka berlaku di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu dan Miri (Subis) di Sarawak bermula hari ini sehingga esok.

BACA: [LAPOR LANGSUNG] Amaran hujan berterusan di Sarawak, Sabah

Sementara di Sabah, hujan berterusan diramal bermula pada Ahad sehingga Selasa melibatkan kawasan Pantai Barat iaitu Ranau, Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat.

-- BERNAMA