awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amaran hujan berterusan di Terengganu, Kelantan, Pahang, Johor sehingga Khamis

Bernama
Bernama
20/12/2022
07:03 MYT
Amaran hujan berterusan di Terengganu, Kelantan, Pahang, Johor sehingga Khamis
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan di Terengganu, Kelantan, Pahang dan Johor yang dijangka berlaku sehingga Khamis ini (22 Dis).- Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan di Terengganu, Kelantan, Pahang dan Johor yang dijangka berlaku sehingga Khamis ini (22 Dis).
MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan hujan sangat lebat berterusan (peringkat bahaya) dijangka berlaku di Terengganu manakala hujan lebat berterusan (peringkat buruk) di Kelantan melibatkan kawasan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai serta di Pahang membabitkan Kuantan, Pekan dan Rompin.
Hujan berterusan peringkat waspada diramal berlaku di Gua Musang, Kelantan; Jerantut dan Maran di Pahang serta Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru, Johor.
MetMalaysia turut meramalkan hujan berterusan di Sarawak melibatkan kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah pada 23 hingga 24 Dis ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hujan lebat
#MetMalaysia
#amaran hujan berterusan
#terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan