Amaran hujan berterusan tahap bahaya di beberapa daerah di Terengganu

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya membabitkan Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu di Terengganu yang dijangka berlaku hingga Jumaat ini. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya membabitkan Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu di Terengganu yang dijangka berlaku hingga Jumaat ini.
Ketua Pengarah MetMalaysia Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata beberapa daerah lain di negeri itu iaitu Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman, selain keseluruhan kawasan di Kelantan pula dijangka mengalami hujan berterusan tahap buruk hari ini.
Beliau berkata amaran hujan berterusan tahap waspada pula dikeluarkan bagi Perlis, Hulu Perak di Perak dan beberapa kawasan di Kedah iaitu Langkawi, Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap, Sik dan Baling untuk hari ini.
Amaran sama dikeluarkan hingga esok bagi Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, dan Kuantan Pahang.
Beliau berkata amaran sama berkuatkuasa mulai Jumaat hingga Sabtu ini turut dikeluarkan bagi Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Kedah melibatkan kawasan Kulim dan Bandar Baharu, serta Johor di Tangkak dan Segamat.
MetMalaysia juga mengeluarkan amaran ribut tropika (Senyar) kira-kira 268 kilometer ke Barat Daya Lumut, Perak yang boleh menyebabkan hujan lebat berterusan, angin kencang dan laut bergelora di negeri-negeri utara Semenanjung Malaysia.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web dan aplikasi myCuaca, serta media sosial rasmi MetMalaysia. Pertanyaan lanjut boleh dibuat melalui hotline 1-300-22-1638.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


