awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amaran hujan berterusan tahap bahaya di Kelantan dan Terengganu hingga esok

Bernama
Bernama
29/12/2024
13:05 MYT
Amaran hujan berterusan tahap bahaya di Kelantan dan Terengganu hingga esok
Beberapa kawasan di Kelantan melibatkan Jeli, Tanah Merah, Machang dan Kuala Krai manakala di Terengganu membabitkan Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan kemas kini amaran hujan berterusan tahap bahaya di beberapa kawasan di Kelantan dan Terengganu hingga esok.
MetMalaysia menerusi amaran yang dikeluarkan pada 6 petang tadi memaklumkan beberapa kawasan di Kelantan melibatkan Jeli, Tanah Merah, Machang dan Kuala Krai manakala di Terengganu membabitkan Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman.
Bagi hujan berterusan tahap buruk pula amaran juga dikeluarkan di beberapa kawasan lain di Kelantan iaitu Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh dan Gua Musang manakala di Terengganu melibatkan Kuala Terengganu dan Marang.
Amaran sama turut dikeluarkan di Kuantan, Pahang.
Pada masa sama, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Pahang meliputi Jerantut, Maran, Pekan dan Rompin serta Mersing di Johor.
Amaran sama juga dikeluarkan bagi Sabah melibatkan Pedalaman (Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran serta Sandakan) dan Kudat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#amaran hujan berterusan
#tahap bahaya
#Kelantan
#terengganu
#MetMalaysia
#cuaca buruk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan