KUALA LUMPUR: Jabatan Metereologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (Peringkat Buruk dan Waspada) melibatkan negeri Kelantan dan Terengganu sehingga 12 Disember.

Dalam kemas kini di media sosial, MetMalaysia memaklumkan hujan berterusan diramal berlaku di pantai timur Semenanjung berikutan angin timuran yang dijangka bertiup kencang sehingga 12 Disember.

"Manakala dalam tempoh beberapa hari akan datang, ribut petir beserta hujan lebat dan angin kencang dijangka terus berlaku di kawasan pantai barat Semenanjung, pada sebelah petang hingga awal malam," kenyataan itu menyebut.