awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jurulatih Senegal tinggalkan sidang media selepas diejek wartawan
Lembaga Keamanan Gaza di bawah AS tawar keahlian tetap dengan bayaran AS$1 bilion
Angka korban nahas tren berkelajuan tinggi tergelincir di Sepanyol meningkat kepada 21
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga daerah di Johor diramal banjir secara berperingkat hari ini - JPS

Bernama
Bernama
07/01/2024
06:28 MYT
Tiga daerah di Johor diramal banjir secara berperingkat hari ini - JPS
Ramalan itu susulan amaran hujan berterusan (buruk) yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pagi tadi. -Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Banjir dijangka berlaku secara berperingkat di beberapa daerah di Johor iaitu Kulai, Johor Bahru dan Pontian hingga 5 petang ini.
Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN), Jabatan Pengairan dan Saliran dalam kenyataan memaklumkan ramalan itu susulan amaran hujan berterusan (buruk) yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pagi tadi.
Menurut kenyataan berkenaan, lokasi dijangka mengalami banjir adalah di kawasan rendah dalam lingkungan lima kilometer di sekitar sungai terlibat di tiga daerah terbabit iaitu Sungai Siam di Kampung Sungai Siam dan Sungai Siku di Kampung Murni Jaya di Kulai.
Di Johor Bahru pula membabitkan kawasan rendah di sekitar Sungai Tiram di Kampung Dagang, Sungai Skudai di Kampung Laut dan Kampung Pasir, manakala di Pontian lokasi diramal terjejas adalah di sekitar Sungai Ayer Hitam di Kampung Paya Embun.
"Banjir yang diramalkan boleh berlaku lebih awal atau lewat dari masa yang dijangkakan. Daerah-daerah lain yang tidak termasuk dalam amaran banjir monsun ini diminta untuk mengambil langkah berjaga-jaga.
"Amaran ini dikeluarkan bagi membolehkan semua penduduk terutamanya di kawasan yang dijangka banjir berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa atau agensi-agensi pengurusan bencana banjir," menurut kenyataan itu.
Orang ramai diminta melayari laman sesawang https://publicinfobanjir.water.gov.my dan Facebook @PublicInfoBanjir untuk maklumat lanjut.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Kulai Johor Bahru dan Pontian
#PRABN
#amaran hujan berterusan
#MetMalaysia
#banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan