KUALA LUMPUR: Daerah Kemaman di Terengganu dan Kuantan di Pahang dijangka turut mengalami hujan lebat berterusan tahap buruk sehingga esok, demikian menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Berdasar kepada kenyataan yang dikeluarkan pada 1 tengah hari itu, Kemaman menjadi lokaliti ketujuh di Terengganu dijangka mengalami hujan lebat berterusan tahap buruk selain enam lokaliti iaitu Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun yang disenaraikan pagi tadi.
Selain itu, amaran hujan berterusan tahap waspada sehingga esok turut dikeluarkan bagi Kelantan meliputi Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh. Di Terengganu membabitkan Besut manakala di Pahang membabitkan daerah Jerantut dan Pekan.
Dalam pada it, laporan terkini yang dikeluarkan Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) setakat 12 tengah hari ini, memaklumkan pusat pemindahan sementara (PPS) di Segamat, Johor telah tutup sepenuhnya.
Mengenai status Stesen Telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran pula, NADMA memaklumkan beberapa sungai yang berada pada paras bahaya, kekal dalam tempoh yang sama iaitu di Pahang, Perlis, Sabah, Sarawak dan Terengganu.
Antaranya ialah Sungai Rompin di Pahang, Sungai Arau, Perlis, Sungai Terengganu, di Terengganu, Batang Oya Sibu di Sarawak serta Sungai Kinabatangan di Sabah.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 23 2024
Kemaman menjadi lokaliti ketujuh di Terengganu dijangka mengalami hujan lebat berterusan tahap buruk. - Gambar hiasan
Afrika Selatan menguatkan seruan global untuk tindakan undang-undang dalam krisis Gaza
Usaha terbaharu itu merupakan tindakan penting yang diambil negaranya dalam menyokong hak dan kenegaraan Palestin.
Pemimpin Israel berpecah kerana tadbir urus Gaza pasca perang
Ia turut didorong serangan tidak dijangka di beberapa wilayah Palestin oleh Hamas, selain kumpulan berkenaan mengumpulkan semula pasukannya di utara Gaza biarpun Israel sebelum ini, mendakwa ia sudah dinyahaktifkan di lokasi terbabit.
Malaysia, Uzbekistan boleh jalin perkongsian strategik bidang berkaitan kepentingan umat Islam
Kedua-dua negara majoriti Islam itu boleh bekerjasama sebagai pasukan yang kuat dalam pelbagai bidang yang mempunyai minat khusus umat Islam.
Kes COVID-19 Singapura naik hampir dua kali ganda
Untuk melindungi kapasiti katil hospital dan sebagai langkah berjaga-jaga, hospital awam diminta mengurangkan kes pembedahan elektif yang tidak mendesak dan memindahkan pesakit yang sesuai ke kemudahan penjagaan seperti Kemudahan Penjagaan Peralihan atau di rumah melalui Mobile Inpatient Care@Home.
Faisal Halim tunjukkan kesembuhan positif - Adam Adli
Pemain sayap sensasi Harimau Malaya dan Selangor FC Mohamad Faisal Abdul Halim atau lebih dikenali sebagai Faisal Halim, kini menunjukkan tanda-tanda kesembuhan yang positif.
APEC harus tetapkan gaji minimum - MITI
Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) harus secara kolektif mewujudkan penetapan gaji standard untuk mencegah kadar gaji tidak sesuai yang memberi kesan kepada golongan wanita.
Malaysia, Uzbekistan akan tingkatkan kerjasama ekonomi - Tengku Zafrul
Malaysia dan Uzbekistan akan memperbaharui komitmen mereka untuk mengukuhkan hubungan ekonomi sempena hubungan diplomatik selama empat dekad, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Kestabilan politik bawa pembangunan dan kemajuan di Sarawak - TPM Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kestabilan politik telah membawa banyak pembangunan dan kemajuan di Sarawak.
AWANI Ringkas: Faisal Halim tunjuk perkembangan positif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kerjasama Malaysia-Uzbekistan tawar potensi amat besar - PM Anwar
Kerjasama antara Malaysia dan Uzbekistan menawarkan potensi amat besar yang boleh mentransformasikan dan memodenkan pembangunan ekonomi kedua-dua negara serta menarik pelaburan, kata Perdana Menteri D
Amaran cuaca peringkat kuning di utara Semenanjung Malaysia
MetMalaysia mengeluarkan amaran cuaca peringkat kuning dengan hujan lebat dijangka berlaku di negeri-negeri di utara Semenanjung Malaysia bermula hari ini hingga esok.