SIBU: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kestabilan politik telah membawa banyak pembangunan dan kemajuan di Sarawak.
Beliau berkata antara pembangunan dan kemajuan tersebut ialah pengenalan teknologi hidrogen oleh Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Menurut Ahmad Zahid tidak ada negeri di Malaysia yang mempunyai tujuh institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) seperti di Sarawak yang menyediakan pengajaran dalam bidang teknologi seperti Internet Kebendaan, robotik dan teknologi baharu.
"Saya berkata demikian bukan kerana membandingkan Sarawak dengan negeri-negeri lain, namun hakikatnya ialah apabila kestabilan politik dapat dicapai atas usaha Tan Sri Abang Johari yang bukan hanya terkenal di Malaysia malah di luar negara," katanya ketika berucap pada majlis sambutan pra-Gawai Parti Rakyat Sarawak (PRS) 2024 di sini malam tadi.
Beliau berkata amat penting bagi negeri mempunyai kestabilan politik untuk bergerak maju di dalam bidang teknologi.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menyatakan sokongannya terhadap TVET sebagai aliran baharu di dalam sistem pendidikan negara.
Menurutnya dahulu bidang TVET adalah pilihan kedua atau ketiga bagi ibu bapa yang anak-anak mereka gagal di dalam bidang akademik.
"Tetapi Sarawak telah menggantikannya sebagai pilihan pertama anak-anak muda untuk mendapatkan pelajaran. Inilah yang dijadikan contoh dan kemajuan ini saya yakin adalah kerana kepimpinan yang baik oleh Tan Sri Abang Johari," katanya.
Ahmad Zahid berkata selagi beliau diberikan amanah oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk meneraju Kementerian Pembangunan Desa dan Wilayah, beliau akan memberikan keutamaan kepada kemajuan infrastruktur di kawasan luar bandar Sarawak.
Meskipun bukan terletak di bawah tanggungjawab kementeriannya, Ahmad Zahid berkata beliau akan meminta Kerajaan Pusat bersama-sama kerajaan negeri membantu dalam memajukan rumah-rumah panjang yang uzur, musnah kerana kebakaran atau dilanda banjir.
Majlis sambutan itu turut dihadiri Menteri Perpaduan Negara Datuk Seri Aaron Ago Dagang dan Presiden PRS Datuk Joseph Salang Gandum.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 19 2024
Ahmad Zahid menerima cenderahati daripada Joseph Salang semasa menghadiri Majlis Makan Malam Amal Pra Gawai 2024 Parti Rakyat Sarawak. - Foto BERNAMA
Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba
JBPM Zon Sibu mengingatkan orang awam agar tidak melakukan pembakaran terbuka ketika cuaca panas dan kering yang melanda Sarawak sekarang.
Valor Fun Run tampil lorong berasingan buat wanita
Bagi meraikan amalan gaya hidup sihat, serta bahang Sukan Olimpik Paris 2024.
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
Tawaran dua tahun awal demi kebaikan jemaah musim seterusnya
Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman maklumkan, antara pembaharuan akan diperkenalkan Lembaga Tabung Haji, TH nanti termasuk mengeluarkan surat tawaran mengerjakan haji dua tahun lebih awal
Waspada penipuan pakej haji, elak langgar fatwa
Pada musim haji akan datang, rakyat Malaysia dinasihatkan tidak tertipu dengan kuota yang diberikan selain pengendali tunggal di Malaysia oleh tabung haji.
Ini kerana menurut Ketua Rombongan Haji 1445H/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, tindakan memasuki tanah haram tanpa visa haji yang sah jelas melanggar fatwa, dan ibadahnya tidak dibenarkan dalam agama.
Ini kerana menurut Ketua Rombongan Haji 1445H/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, tindakan memasuki tanah haram tanpa visa haji yang sah jelas melanggar fatwa, dan ibadahnya tidak dibenarkan dalam agama.
'UMNO perlu guna media sosial dekati pengundi PRU16'
Itu tegas Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang berkata, langkah itu perlu kerana kaedah lama sudah tidak relevan dan gerak kerja jentera UMNO perlu mengikut kesesuaian serta keperluan semasa supaya lebih berkesan.
Pemimpim rakam takziah atas pemergian bekas Menteri Siti Zaharah Sulaiman
Beberapa pemimpin kerajaan dan parti hari ini merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman.
Bekas Menteri, Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman meninggal dunia
Sebagaimana dimaklumkan Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga Ketua UMNO Bahagian Maran Datuk Seri Shahaniza Samsuddin di Facebooknya, bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman meninggal dunia pada jam 11.23 malam tadi.
MCPF tidak setuju SUHAKAM bantah hukuman mati penuntut UPNM
Hukuman gantung sampai mati yang dijatuhkan Mahkamah Rayuan terhadap enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) atas kesalahan membunuh Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain adalah setimpal.
Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) berpandangan hukuman yang dikenakan tujuh tahun lalu sebagai tepat, selain tidak bersetuju dengan bantahan yang dibuat oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM).
Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) berpandangan hukuman yang dikenakan tujuh tahun lalu sebagai tepat, selain tidak bersetuju dengan bantahan yang dibuat oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM).
Johor hasrat lancarkan sekolah rintis mulai tahun depan
Kerajaan negeri Johor berhasrat melancarkan sekolah rintis negeri itu bermula tahun depan bagi mencorakkan masa depan pendidikan Bangsa Johor yang lebih maju dan berdaya saing.
AWANI Ringkas: Sekolah rintis tumpu STEM tahun depan di Johor
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tiada perbincangan rasmi UMNO, Pas bentuk kerjasama - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa tiada pertemuan atau perbincangan rasmi antara parti itu dengan Pas, bagi membentuk kerjasama pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).
Manfaat tanah terbiar, tanam bahan dan ramuan untuk penghasilan produk halal - Ahmad Zahid
Majlis Halal Malaysia sedang mengkoordinasi usaha bersama pihak negeri dan agensi kerajaan agar tanah terbiar dapat digunakan untuk memperluas penanaman.
Sebanyak 1,038 tempat TVET yang ditawar oleh MCI sudah diisi - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata inisiatif itu akan memberikan kemahiran dalam menggunakan peralatan teknologi tinggi kepada pelajar Malaysia.
Perhalusi gaji premium TVET antara cadangan dimuktamad oleh JTDC - TPM Zahid
Ahmad Zahid berkata cadangan memperhalusi gaji premium bagi graduan TVET dijangka mampu diperluas ke negeri lain.
MARA diminta terus teroka potensi industri halal global - Ahmad Zahid
MARA diminta untuk terus meneroka potensi antarabangsa dalam industri halal yang mempunyai prospek besar menerusi program Gate to Global (GTG).
Ahmad Zahid ucap tahniah Selangor Red Giants ke final MSC MLBB
Ahmad Zahid berkata perjalanan luar biasa dan pencapaian cemerlang pasukan e-sukan itu di pentas antarabangsa membanggakan seluruh rakyat Malaysia.
UMNO Terengganu perlu berubah fokus tangkis persepsi, tohmahan - Ahmad Zahid
UMNO Terengganu perlu berubah dengan memberi tumpuan untuk menyusun strategi bagi menangkis pelbagai persepsi dan tohmahan sekiranya berhasrat menyemarakkan semula parti di negeri itu.
Tak dapat ikut piawaian keselamatan antara faktor pusat tahfiz tidak berdaftar - Zahid
Tidak dapat mengikuti syarat dan piawaian keselamatan yang ditetapkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia merupakan antara faktor masih banyak pusat tahfiz di negara ini yang tidak berdaftar.
PRK Nenggiri: Calon BN diumumkan lebih awal - Ahmad Zahid
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri akan diumumkan lebih awal.
Ahmad Zahid yakin tiada ahli Parlimen BN alih sokongan
Tiada keperluan ahli Parlimen BN untuk memberi sokongan terhadap pembangkang meskipun mereka mempunyai alasan politik tersendiri.