awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis keluarga Beckham: Pertikaian cap dagang dedah retak dalam keluarga selebriti
Model baharu jam tangan mewah ciri-ciri bilionair India, Mukesh Ambani dianggar bernilai AS$1.5 juta
Kereta kebal Israel bedil tentera Lubnan semasa misi bersama pasukan pengaman PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di 12 negeri, wilayah - MetMalaysia

Fareez Azman
Fareez Azman
06/03/2022
08:33 MYT
Amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di 12 negeri, wilayah - MetMalaysia
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di 12 buah negeri dan wilayah bermula jam 3 petang Ahad. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di 12 buah negeri dan wilayah bermula jam 3 petang Ahad.
Kawasan yang dijangka menghadapi kejadian itu iaitu di Perlis, Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu).
Manakala di Pulau Pinang, Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim).
Di Pahang pula melibatkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Temerloh, Maran dan Kuantan.
Turut dijangka dilanda hujan lebat, ribut petir dan angin kencang iaitu di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson dan Rembau).
Di Johor pula melibatkan daerah Segamat dan Mersing), Sarawak (Kuching, Serian, Samarahan dan Miri), Sabah (Tuaran, Ranau dan Kota Belud, Tawau, Kunak, Lahad Datu, Sandakan dan Kudat.
Amaran tersebut menjangkakan kejadian itu berakhir pada jam 7 malam Ahad.
Topic Berkaitan
#met malaysia
#hujan lebat
#ribut petir
#cuaca
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan