awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amaran Polis Johor kepada anggota PKR yang mengundi esok

Bernama
Bernama
29/09/2018
13:19 MYT
Amaran Polis Johor kepada anggota PKR yang mengundi esok
Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata pihaknya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas kepada mereka yang gagal mematuhi undang-undang. - Gambar fail
Polis Johor hari ini memberi amaran kepada semua anggota PKR Johor yang terlibat dalam proses pemilihan parti esok agar tidak melakukan perkara yang melanggar undang-undang.
Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata pihaknya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas kepada mereka yang gagal mematuhi undang-undang.
Katanya, pihak polis akan membuat pemantauan bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku.
"Kita juga telah berurusan dengan pihak PKR dan semua Ketua Polis Daerah telah diarah untuk mengambil maklum mengenai pemilihan itu," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurut beliau, pihaknya juga akan mengambil tindakan sekiranya berlaku sesuatu perkara yang di luar jangka seperti kekecohan yang berlaku ketika pemilihan di negeri-negeri lain baru-baru ini.
Tambahnya lagi, anggota polis akan membuat pemantauan secara umum kerana tiada anggota yang khas ditugaskan di pusat pengundian esok.
Seramai 38,684 anggota PKR Johor yang layak mengundi dijangka akan keluar memilih tampuk kepimpinan parti di semua 24 cabang, esok.
Pada pemilihan kali ini, seramai 53 calon akan merebut jawatan ketua cabang manakala seramai 163 calon menawarkan diri bertanding timbalan ketua cabang, naib ketua cabang dan anggota jawatankuasa cabang.
Pada 22 Sept lalu, polis menahan empat lelaki berusia lingkungan 20-an hingga 40-an selepas berlaku kekecohan hingga menyebabkan kecederaan semasa pemilihan PKR Cabang Merbok dekat Sungai Petani, Kedah.
Ia berikutan sistem pengundian di cabang itu tidak lancar menyebabkan sistem pengundian tergendala dan berjalan terlalu perlahan sehingga menimbulkan keresahan dan berlaku salah faham antara petugas dan anggota yang mengundi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#amaran
#Mohd Khalil Kader Mohd
#PKR
#PKR Johor
#polis johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan