Skip to main content

Malaysia

Amaran ribut petir di enam negeri dan Labuan hingga 1 pagi

81730538310_generichujanhuja.jpg
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di enam negeri serta Labuan hingga 1 pagi, Jumaat. - Foto hiasan
Advertisement

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di enam negeri serta Labuan hingga 1 pagi, Jumaat.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan amaran itu melibatkan Kedah (Padang Terap, Sik dan Baling), Perak (Hulu Perak), Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah dan Kuala Krai) serta Pahang (Jerantut).

Di Sarawak, kawasan yang terlibat ialah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Betong (Pusa dan Betong), Sarikei (Julau), Sibu (Kanowit dan Selangau), Kapit (Kapit dan Bukit Mabong), Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) serta Limbang (Limbang).

Amaran sama turut dikeluarkan bagi Sabah melibatkan kawasan Pedalaman (Kuala Penyu), Pantai Barat (Putatan dan Ranau) serta Sandakan (Telupid dan Beluran), selain Labuan.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement