Skip to main content

Malaysia

Amaran ribut petir di Sarawak, Sabah, Labuan sehingga 11 pagi

KUALA LUMPUR, 5 April (Bernama) -- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang diramalkan berlaku di empat negeri dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hingga 1 tengah hari ini.
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan di Sarawak, Sabah serta Labuan sehingga 11 pagi ini. - Gambar hiasan/ Bernama
Advertisement

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan di Sarawak, Sabah serta Labuan sehingga 11 pagi ini.

Menurut amaran yang dikeluarkan pada 8.50 pagi, kawasan yang dijangka terjejas di Sarawak meliputi Betong (Saratok), Sarikei, Mukah (Daro, Matu, Mukah dan Dalat), Miri (Beluru dan Marudi), Limbang, Kapit (Belaga) dan Bintulu (Tatau).

Di Sabah pula, cuaca itu dijangka melanda bahagian pedalaman melibatkan Kuala Penyu, Beaufort dan Membakut serta pantai barat yang merangkumi Papar, Penampang, Putatan dan Kota Kinabalu.

Selain itu, amaran cuaca yang sama turut dikeluarkan bagi seluruh Wilayah Persekutuan Labuan.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi satu jam. 

Orang ramai di kawasan terjejas dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan merujuk laman web serta media sosial rasmi jabatan berkenaan untuk maklumat terkini.

-- BERNAMA

 

 

 

Must Watch Video

Advertisement