KUALA LUMPUR: Sambutan ambang merdeka lazimnya diraikan dengan percikan bunga api dan perkumpulan ramai bagi menunggu detik 12 malam.
Bagaimanapun, bagi negeri yang mengadakan sambutan ambang merdeka, ia disambut dengan mengadakan program secara dalam talian berbentuk kerohanian susulan pandemik COVID-19 yang masih melanda negara.
Di TERENGGANU, program sambutan ambang merdeka peringkat negeri dimulakan dengan solat Maghrib disusuli solat hajat dan bacaan surah Yasin secara dalam talian pada 7.30 malam.
Sejurus selepas itu, forum mengenai kemerdekaan disiarkan secara langsung melalui laman Facebook rasmi Kerajaan Negeri Terengganu yang menampilkan selebriti Zizan Razak dan Ustaz Azhar Idrus sebagai ahli panel.
Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar dalam kenyataan sempena hari bersejarah itu memaklumkan rakyat perlu terus berjuang melawan 'penjajah baharu' iaitu wabak COVID-19 untuk membebaskan negara daripada cengkaman pandemik.
Di JOHOR, kerajaan negeri mengadakan majlis bacaan surah Yasin, tahlil dan doa kesyukuran serta solat hajat di Masjid Sultan Abu Bakar yang dipimpin oleh Imam Besar Makhadzir Abdan Al-Hafiz.
Majlis itu dihadiri Menteri Besar Johor Datuk Ir Hasni Mohammad, beberapa exco serta pegawai tertinggi kerajaan negeri.
Turut hadir Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dan Pengarah Kesihatan Negeri Datuk Dr Aman Rabu.
Di KEDAH pula, majlis bacaan surah Yasin dan doa peringkat negeri secara dalam talian dipimpin oleh Imam Besar Masjid Zahir Datuk Syeikh Roslan Abdul Halim.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 30 2021
Tiada acara pertunjukan bunga api, sambutan ambang merdeka kini disambut dalam norma baharu. - Gambar hiasan/ Bernama
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Pembangkang usul pecat kedua terhadap Suk Yeol
Parti pembangkang Korea Selatan sekali lagi, mengemukakan usul untuk memecat Presiden Yoon Suk Yeol pada Khamis susulan kontroversi berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Yoon sebelum ini. Ia selepas kegagalan usul pemecatan pertama yang tidak diluluskan di Parlimen negara itu sebelum ini.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Ratusan penunjuk perasaan bertembung dengan polis di Seoul
Ratusan penunjuk perasaan yang menuntut pemecatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol bertembung dengan polis pada Khamis ketika mereka cuba memasuki kediaman rasmi presiden itu di Seoul.
PM gesa institusi pendidikan manfaatkan pameran sejarah dunia Melayu-Islam
Perdana Menteri berkata gesaan ini turut ditujukan kepada Arkib Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Perpustakaan Negara Malaysia.
Majoriti rakyat Malaysia anggap layanan kerajaan pilih kasih
Majoriti rakyat Malaysia terutama kaum Melayu dan Cina melihat kerajaan tidak melayan semua pihak secara adil kerana wujud perbezaan kelas.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan mula beroperasi - Fahmi
Sebanyak 318 stesen pemancar atau menara telekomunikasi di seluruh negara yang terkesan bencana banjir sejak November hingga Khamis, telah mula beroperasi semula.
PKR teliti alasan penghakiman untuk tindakan susulan
Bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan berbincang dengan peguam susulan keputusan Mahkamah Rayuan mengurangkan pampasan yang perlu dibayar bekas Naib Presiden parti itu Datuk Zuraida Kamaruddin daripada RM10 juta kepada RM100,000 kerana melanggar syarat bon.
Laungan 'Merdeka', percikan bunga api, forum agama mengisi sambutan ambang Hari Kebangsaan
Tepat 12 tengah malam, beberapa lokasi bermandikan percikan bunga dengan para pengunjung melaungkan 'Merdeka' dengan penuh bersemangat.
Lebih 1,000 pengunjung hadir raikan Ambang Merdeka di PKNS Uptown Shah Alam
Sambutan diadakan setiap tahun bagi meraikan ulang tahun kemerdekaan bersama peniaga dan pengunjung yang sentiasa menyokong PKNS Uptown.
Warga kota disaran naik LRT, MRT sambut Ambang Merdeka di KLCC
Selain LRT KLCC, pengguna boleh menggunakan kemudahan dan fasiliti baharu yang terdapat di stesen MRT Persiaran KLCC.
Perarakan kereta berhias ceriakan sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Bera
Seramai hampir 3,000 warga Bera membanjiri Laman Kerayong bagi menyaksikan pelbagai persembahan yang dijalankan sebelum detik jam 12 tengah malam.
Ambang Merdeka disambut sederhana dalam norma baharu
Sambutan ambang merdeka bagaimanapun kesemuanya dijalankan dalam tatacara pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) serta kehadiran jumlah pengunjung dihadkan.
Ambang Merdeka 2019 disambut penuh semangat perpaduan
Orang ramai memenuhi lokasi-lokasi sambutan sambil mengibarkan Jalur Gemilang dengan sorakan dan nyanyian penuh semangat patriotik sebagai sebuah 'keluarga'.
Rakyat pamer semangat Malaysia baharu sambut merdeka
Semangat Malaysia baharu terus dizahirkan rakyat apabila beberapa lokasi tumpuan sambutan ambang Hari Kebangsaan dipenuhi orang ramai meskipun tiada penganjuran konsert dan pertunjukan bunga api.
Sambutan Ambang Merdeka dipindahkan ke Bukit Jalil
Sambutan Ambang Merdeka yang dijadualkan berlangsung malam ini di Dataran Merdeka dipindahkan ke Stadium Bukit Jalil.