awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
X sekat Grok daripada sunting imej dedah tubuh selepas tekanan global
Jangan ajar kami sopan kalau kamu tidak sopan - Akmal tegur sikap DAP
Lagi insiden kren runtuh di Thailand, dua maut di Samut Sakhon
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AmBank rayakan jubli emas dengan pendakian Gunung Kinabalu dan inisiatif hijau

Astro Awani
Astro Awani
25/08/2025
01:00 MYT
AmBank rayakan jubli emas dengan pendakian Gunung Kinabalu dan inisiatif hijau
Pendakian puncak Gunung Kinabali bukan sekadar pencapaian fizikal, sebaliknya membawa makna simbolik terhadap daya tahan dan dedikasi organisasi, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AmBank, Jamie Ling.
KUNDASANG: Sambutan ulang tahun ke-50 AmBank mencapai kemuncaknya di Sabah dengan dua inisiatif utama, iaitu ekspedisi pendakian Gunung Kinabalu dan program kelestarian di Sekolah Kebangsaan (SK) Kundasang.
Seramai 50 kakitangan AmBank berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu sebagai simbol ketabahan serta kekuatan kolektif yang telah menjadi tunjang perjalanan bank itu sepanjang lima dekad.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AmBank, Jamie Ling menyifatkan pendakian itu bukan sekadar pencapaian fizikal, sebaliknya membawa makna simbolik terhadap daya tahan dan dedikasi organisasi.
“Pendakian ini mencerminkan semangat kami untuk terus bergerak maju dengan tujuan yang jelas. Ia menjadi lambang keazaman yang telah mentakrifkan AmBank selama 50 tahun,” katanya.
Seramai 50 kakitangan AmBank berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu sebagai simbol ketabahan serta kekuatan kolektif yang telah menjadi tunjang perjalanan bank itu sepanjang lima dekad.
Seramai 50 kakitangan AmBank berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu sebagai simbol ketabahan serta kekuatan kolektif yang telah menjadi tunjang perjalanan bank itu sepanjang lima dekad.
Dalam pada itu, AmBank turut mengadakan program tanggungjawab sosial korporat berteraskan alam sekitar di SK Kundasang, sekolah rendah yang diiktiraf sebagai institusi bersekutu UNESCO kerana penekanan terhadap pendidikan alam sekitar melalui Taman Eko Sains.
Antara sumbangan yang disalurkan termasuk tiga unit papan pintar Huawei Ideahub bagi meningkatkan pembelajaran digital, serta koleksi buku pendidikan untuk memperkukuh budaya membaca dalam kalangan pelajar.
Bagi menyokong usaha biodiversiti, Jamie bersama ahli lembaga pengarah, pengurusan kanan dan kakitangan AmBank turut menanam 50 pokok alpukat keju di kawasan sekolah itu.
SK Kundasang juga merupakan sekolah angkat pertama di bawah inisiatif Kinabalu Geopark.
Topic Berkaitan
#ambank
#jubli emas AmBank
#Gunung Kinabalu
#inisiatif hijau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan