BUTTERWORTH: Peluang kedua bagi memperbaiki kesilapan dan mengubah masa depan dengan menawarkan pekerjaan kepada banduan memberikan seribu makna kepada golongan ini.
Inisiatif Jabatan Penjara membantu banduan membina kehidupan lebih baik selepas dibebaskan mendapat kerjasama baik pihak majikan yang sanggup 'menjemput' prospek dari penjara dengan menyediakan pekerjaan dalam pelbagai bidang.
K.Suraindran, 41, pemilik sebuah syarikat mencuci kenderaan dan bangunan di Perai, di sini berkata beliau bekerjasama dengan Jabatan Penjara bagi memberi peluang kepada banduan memulakan kehidupan baharu.
"Saya mengambil banduan Orang Diparol (OD) dan Pelepasan Banduan Secara Berlesen (PBSL) bekerja dengan syarikat saya sejak 2019 dan sehingga kini lebih 250 orang telah bekerja dengan kami, semuanya berjalan dengan baik.
"Memang pada awalnya saya sedikit risau dan hanya ambil dua banduan sahaja pada 2019 untuk bekerja di syarikat saya, namun lama-kelamaan sebenarnya mereka ini boleh menjalankan kerja dengan baik dan pada peringkat permulaan kami memberikan latihan terlebih dahulu," katanya ketika ditemui Bernama.
Berdasarkan pemantauan pihaknya sepanjang mengendalikan pekerja banduan, Suraindran berkata hanya dua atau tiga orang daripada 100 pekerja yang bermasalah melibatkan sikap mereka dan bukan berkaitan kes jenayah.
Beliau gembira kerana kebanyakan banduan yang tamat bekerja dan dapat memulakan kehidupan baharu selain tidak mengulangi kes jenayah lampau.
"Pada satu-satu masa saya menerima lima hingga 10 banduan dan sekarang ini terdapat tujuh prospek sedang bekerja di syarikat saya, mereka selalunya bekerja dengan kami antara tiga hingga 10 bulan bergantung kepada jumlah hukuman yang dijalani," katanya.
Beliau berkata pengambilan banduan menerusi OD dan PBSL itu antara lain dapat mengatasi masalah kekurangan pekerja warga asing dan secara tidak langsung dapat memberi peluang kedua kepada mereka.
Sementara itu, seorang banduan yang akan bekerja di syarikat Suraindran yang mahu dikenali sebagai Razak, 40-an, berkata dia sebelum ini dihukum penjara selama setahun kerana kesalahan dadah dan dibebaskan awal lima bulan.
Dia berkata peluang yang diberikan itu akan digunakan sebaik mungkin dan mahu membina hidup baharu selepas dibebaskan sepenuhnya.
"Saya anggap ini peluang kedua dan permulaan terbaik untuk saya berubah. Pekerjaan ini juga membolehkan saya berdikari serta memperoleh pendapatan bagi menyara diri," katanya yang bekerja sendiri sebelum ini.
Menurut Ketua Pengarah Penjara Datuk Nordin Muhamad sebelum ini, seramai 4,120 prospek atau 4.94 peratus daripada keseluruhan 80,000 banduan yang berada dalam penjara sedang mengikuti pemulihan dalam komuniti termasuk PBSL, perintah kehadiran wajib, parol dan rumah perantaraan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 13 2024

Peluang kedua bagi memperbaiki kesilapan dan mengubah masa depan dengan menawarkan pekerjaan kepada banduan memberikan seribu makna kepada golongan ini. - Gambar hiasan/BERNAMA

Kerja 45 jam: KKM adakan libat urus sebelum muktamad, diumumkan masa terdekat - Dzulkefly
Dr Dzulkefly berkata beliau sendiri telah hadir ke beberapa sesi libat urus bagi mendengar pandangan semua pihak.

Trump akan umumkan tarif 'timbal balik' selanjutnya minggu depan
Trump merujuk kepada 'perdagangan timbal balik', supaya AS dilayan secara adil dengan negara lain.

Peruntukan RM18.9 juta bagi transformasi digital di 100 klinik kesihatan tahun ini
Transformasi digital itu termasuk pelaksanaan sistem pengurusan digital berasaskan awan (CCMS) di 100 klinik kesihatan (KK) seluruh negara.

Saingan semakin sengit, Malaysia perlu terus perkasa ekosistem halal - Zahid
Meskipun diiktiraf sebagai peneraju industri halal di peringkat global, Malaysia tidak boleh sekadar berpuas hati dengan pencapaian sedia ada.

Datuk lemas ketika cuba selamatkan dua cucu di Pantai Irama
Seorang datuk lemas ketika menyelamatkan dua cucu yang dihanyutkan ombak di Pantai Irama di sini, pada Sabtu.

Produk Coca-Cola di Malaysia tidak terkesan dengan pencemaran klorat - Dzulkefly
Produk Coca-Cola EuroPacific Partners sahaja dikesan mengandungi paras klorat tinggi dan ia diedarkan di beberapa negara Eropah.

Jadikan pencen veteran ATM sebagai permulaan kerjaya baharu - Khaled Nordin
Majoriti mereka berpencen pada usia muda iaitu sekitar 42 tahun dan masih bertenaga untuk mempelajari ilmu baharu.
Indonesia rangka peratusan had umur, lindungi kanak-kanak di platform digital
Indonesia sedang merangka peraturan baharu bagi melindungi kanak-kanak daripada risiko dalam talian, termasuk menetapkan had umur pada platform digital, menurut Kementerian Komunikasi dan Digital negara itu.

Selangor akan tubuh beberapa pusat AI tahun depan - Amirudin
Beberapa pusat kecerdasan buatan (AI) akan ditubuhkan di Selangor tahun depan sebagai langkah kerajaan negeri menyokong perkembangan teknologi yang sedang pesat membangun itu.
AWANI Ringkas: Op Sky: Keterangan tiga selebriti bantu lengkap siasatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

BMI semak naik unjuran pertumbuhan perbelanjaan kesihatan kepada 8.7 peratus
BMI yang juga unit Fitch Solutions, menyemak naik unjuran pertumbuhan perbelanjaan kesihatan Malaysia kepada 8.7 peratus setahun bagi tempoh 2023 hingga 2028.

Ambil banduan bekerja, majikan bantu ubah masa depan
Peluang kedua bagi memperbaiki kesilapan dan mengubah masa depan dengan menawarkan pekerjaan kepada banduan memberikan seribu makna kepada golongan ini.

Model konsolidasi, kluster berpusat tangani kekurangan pekerja industri getah
Strategi dilaksanakan KPK turut melibatkan beberapa agensi pelaksana lain, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta dalam rantaian bekalan.

Ekspo Francais MIRF 2023 disasar catat pelaburan RM120 juta - MRCA
MRCA menyasarkan pelaburan bernilai RM120 juta daripada acara FE MIRF 2023 yang akan diadakan dari 7 hingga 9 Julai ini.

Kurang pekerja, COVID-19 antara punca 3 projek sakit di Sabah - Dr Zaliha
Angka itu merupakan sebahagian daripada jumlah keseluruhan iaitu sebanyak 12 buah projek sakit di bawah KKM di seluruh negara.

Isu pekerja asing dijangka selesai dalam tiga bulan - Sivakumar
Kerajaan yakin dapat menyelesaikan isu kekurangan pekerja asing dalam tempoh tiga bulan dengan pelaksanaan Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing.

Kekurangan pekerja antara punca bekalan telur ayam terganggu - Mohamad
Tiga kementerian sedang berusaha untuk menambahkan pekerja dalam sektor pertanian dan sektor yang lain bagi tujuan itu.

Penggajian pekerja asing bagi sektor lain akan dikaji - Sivakumar
Sivakumar berkata lima sektor dan subsektor kritikal yang terlibat ketika ini ialah perkilangan, pembinaan, perladangan, pertanian dan perkhidmatan (melibatkan restoran sahaja).

Restoran India berdepan tekanan, kekurangan sehingga 10,000 pekerja asing
Primas minta kerajaan perhalusi polisi pengambilan pekerja asing dengan memudahkan syarat kemasukan ke negara ini.

Tiada alasan untuk tangguhkan Projek Jambatan Rambungan - Uggah
Kontraktor projek Jambatan Rambungan diminta segera siapkan projek berkenaan yang lewat hampir tiga tahun berbanding jadual asal.