awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ambil contoh kelulusan sehari di Arab Saudi - PM

Sinar Harian
Sinar Harian
06/05/2024
03:05 MYT
Ambil contoh kelulusan sehari di Arab Saudi - PM
Anwar berucap pada Majlis Perjumpaan Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri bagi bulan Mei di Dewan Sri Endon Puspanitapuri, Putrajaya, hari ini. -- fotoBERNAMA
PUTRAJAYA: Syarikat berkaitan kerajaan dan penjawat awam wajar mengambil contoh daripada langkah Arab Saudi yang bertindak proaktif meluluskan segera permohonan dalam tempoh kurang daripada 24 jam.
Ujar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kecekapan dan kepantasan memberi kelulusan segera itu seterusnya membolehkan negara berkenaan melonjak tinggi.
“Saya kagum dengan tahap kelulusan di Arab Saudi, 9.30 pagi dikemukakan permohonan dan pada pukul 8 malam, Perdana Menteri Arab Saudi, Mohammad Salman telah berikan lampu hijau dan minta diteruskan.
"Saya mahu gesa rakan-rakan khususnya syarikat kerajaan dan penjawat awam daripada sudut tanggungjawab kerajaan," katanya di Perhimpunan Bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM), di sini hari ini.
Menurutnya, dalam lawatan ke Riyadh, Arab Saudi minggu lalu, beliau mengadakan pertemuan dengan syarikat gergasi Acwa Power (Acwa) pada jam 9.30 pagi yang menunjukkan minat untuk bekerjasama di Malaysia.
"Kerana ia syarikat kerajaan punya khazanah, maka mereka perlu persetujuan muktamad daripada Perdana Menteri.
“Pada jam 8 malam sebelum pulang ke Malaysia, saya telah berjumpa Mohammad Salman dan beliau telah diberi penjelasan oleh Acwa di mana proses itu dilakukan dalam tempoh satu hari," jelasnya.
Anwar telah mengadakan lawatan kerja ke Riyadh untuk menghadiri mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF) bermula 27 hingga 29 April lalu.
Lawatan kerja Anwar adalah atas jemputan Mohammed Salman dan beliau turut diringi Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Beliau turut menyertai Sesi Panel bertemakan "Wawasan Baharu untuk Pembangunan Global" bersama pemimpin-pemimpin negara lain semasa Pembukaan Mesyuarat Khas ini. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Arab Saudi
#Anwar Ibrahim
#kelulusan sehari
#penjawat awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan