Seorang penyokong kerajaan pada Rabu meminta Kerajaan Negeri Pulau Pinang supaya mempertimbangkan semua pandangan dan kritikan yang dibangkitkan oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhubung projek Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) sebelum melaksanakannya.
Ong Khan Lee (PH-Kebun Bunga) berkata pandangan dan kritikan itu perlu diambil kira supaya kerajaan negeri tidak membuat kesilapan besar dalam pelaksanaan projek mega yang menelan anggaran kos RM46 bilion itu pada masa depan sekali gus menjadi satu projek yang gagal.
Mengambil contoh dua projek marina di Kedah dan Perak yang bernilai RM61.55 juta, beliau berkata prasarana berkenaan tidak pernah digunakan walaupun kedua-dua projek telah siap masing-masing pada tahun 2003 dan 2010.
"Apa-apa projek yang hendak dilaksanakan oleh kerajaan negeri Pakatan Harapan sememangnya adalah berniat baik dan ingin membawa kemajuan yang mampan kepada Pulau Pinang.
"Walau bagaimanapun kita perlu menerima dan mempertimbangkan semua pandangan, kebimbangan dan kritikan daripada semua lapisan masyarakat terutama mereka yang berkelayakan dan mempunyai pengetahuan.
"Kita mesti mengambil iktibar dari projek-projek yang gagal tersebut supaya tidak melaksanakan satu projek yang akhirnya tidak menepati sasaran dalam menangani kesesakan lalu lintas," katanya ketika membahaskan ucapan perasmian Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas pada persidangan Dewan Undangan Negeri, di sini pada Rabu.
Ong berkata kerajaan negeri boleh mengarahkan konsultan bebas membuat kajian menyeluruh dan mencari alternatif yang lebih berkesan, murah, praktikal, mesra alam dan mesra rakyat untuk jangka masa panjang.
"PTMP tidak dibantah oleh mereka yang menyuarakan kebimbangan sebaliknya mereka mahu melihat projek ini benar-benar bernas. Sebagai anak-anak Pulau Pinang, adakah kita benar-benar memerlukan satu PTMP yang mana beberapa komponennya adalah dirancang dan dicadangkan oleh syarikat-syarikat swasta," katanya.
PTMP merupakan inisiatif kerajaan negeri yang akan merangkumi pembinaan terowong dasar laut, lebuh raya serta transit aliran ringan (LRT) dan monorel selain jaringan perhubungan bas yang luas di tanah besar dan bahagian pulau.
Sementara itu, Zolkifly Md Lazim (PH-Teluk Bahang) menyarankan Kerajaan Negeri Pulau Pinang mempertimbangkan penubuhan bank pembangunan negeri, bagi memberi kemudahan kewangan kepada projek-projek mega di bawah kerajaan negeri seperti projek PTMP.
Beliau berkata kerajaan negeri perlu mencari alternatif untuk menangani kekangan kewangan bagi menampung pembiayaan projek mega seperti PTMP dengan anggaran kos sebanyak RM46 bilion.
"Dengan adanya bank pembangunan negeri ini, dengan projek sistem pengangkutan awam yang progresif memberi peluang untuk pendeposit melabur dengan membeli bon kerajaan yang lebih 'selamat'," katanya ketika membahaskan ucapan perasmian Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang pada persidangan Dewan Undangan Negeri, di sini semalam.
Persidangan disambung hari ini (Khamis).
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 08 2018
![Ambil kira pandangan dan kritikan NGO berhubung PTMP Ambil kira pandangan dan kritikan NGO berhubung PTMP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-12/71514549443_GEORGETOWN.jpg)
Ong berkata, sebarang projek yang hendak dilaksanakan oleh kerajaan negeri Pakatan Harapan sememangnya adalah berniat baik dan ingin membawa kemajuan yang mampan kepada Pulau Pinang. - Gambar hiasan
Isu tiada sijil nikah dalam kalangan penduduk Pulau Mabul akan segera diatasi
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Hal Ehwal Agama, Datuk Dr Na’im Mokhtar berkata, sebuah pasukan bertindak yang mewakili pelbagai agensi berkaitan telah dibentuk, dan mereka akan ke pulau pelancongan tersebut untuk membantu menyelesaikan is penduduk tiada sijil nikah
Ada peguam subahat bantu sindiket pindah milik tanah di Selangor - MB Amirudin
Kerajaan Selangor percaya penjawat awam yang terlibat dalam kegiatan pindah milik tanah secara tidak sah seperti yang dilaporkan baru-baru ini, bergerak dalam satu sindiket terancang.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata siasatan awal pihak berkuasa mendapati kegiatan kumpulan pegawai berkenaan turut melibatkan pejabat peguam tertentu
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata siasatan awal pihak berkuasa mendapati kegiatan kumpulan pegawai berkenaan turut melibatkan pejabat peguam tertentu
Wisma Putra bantu 8 pelajar Malaysia cedera dalam kemalangan di Mesir
Kementerian Luar melalui Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah dan Education Malaysia Egypt (EME) sedang memantau rapi situasi membabitkan lapan pelajar Malaysia dari Universiti Al-Azhar yang terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan ke Port Said, Mesir.
![ASEAN berdepan kebimbangan akibat kadar kelahiran, kesuburan menurun ASEAN berdepan kebimbangan akibat kadar kelahiran, kesuburan menurun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737883161_TBOrangramai.jpg)
ASEAN berdepan kebimbangan akibat kadar kelahiran, kesuburan menurun
Keadaan itu boleh menjadi masalah terhadap produktiviti ekonomi.
![Lebih 4,000 Rumah Mesra SMJ dibina sejak dilancarkan pada 2022 - Hajiji Lebih 4,000 Rumah Mesra SMJ dibina sejak dilancarkan pada 2022 - Hajiji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41737882414_TBhajijiNoor.jpg)
Lebih 4,000 Rumah Mesra SMJ dibina sejak dilancarkan pada 2022 - Hajiji
3,000 rumah SMJ lagi akan dibina tahun ini di semua 73 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, dengan peruntukan RM250 juta.
![Wisma Putra bantu 8 pelajar Malaysia cedera dalam kemalangan di Mesir Wisma Putra bantu 8 pelajar Malaysia cedera dalam kemalangan di Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81735195919_wismaputra.jpg)
Wisma Putra bantu 8 pelajar Malaysia cedera dalam kemalangan di Mesir
Menurut Wisma Putra, lima daripada pelajar itu mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan sebagai pesakit luar.
![Trump mahu negara Arab bina perumahan penduduk Palestin di lokasi lain Trump mahu negara Arab bina perumahan penduduk Palestin di lokasi lain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737518814_DonaldTrump.jpg)
Trump mahu negara Arab bina perumahan penduduk Palestin di lokasi lain
Trump berkata beliau telah membangkitkan perkara itu dalam perbualan telefon dengan Raja Jordan Raja Abdullah II.
![Pembatalan WBB bukan keputusan bersifat 'flip flop' - Dr Dzulkefly Pembatalan WBB bukan keputusan bersifat 'flip flop' - Dr Dzulkefly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737109238_TBDZULKEFLY.jpg)
Pembatalan WBB bukan keputusan bersifat 'flip flop' - Dr Dzulkefly
Keputusan Jemaah Menteri itu adalah bertujuan untuk memastikan libat urus dengan semua pihak dapat dilakukan secara menyeluruh.
Doktor sahkan tahanan Israel tidak diberi dadah oleh Hamas
Doktor tentera Israel pada Sabtu menyatakan bahawa kesihatan empat askar wanita yang dibebaskan adalah "sangat baik" dan mengesahkan mereka tidak diberikan perangsang atau dadah semasa ditawan di Semenanjung Gaza, lapor Agensi Anadolu (AA).
![Aduan harga barang, perkhidmatan catat jumlah tertinggi - KPDN Terengganu Aduan harga barang, perkhidmatan catat jumlah tertinggi - KPDN Terengganu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737875344_tbTahunBaharuCina.jpg)
Aduan harga barang, perkhidmatan catat jumlah tertinggi - KPDN Terengganu
Aduan tertinggi melibatkan harga barang dan perkhidmatan iaitu 18 kes yang diterima melalui pelbagai medium termasuk sistem dalam talian.
![Victor Andrag harap rentak kemenangan KDA FC berterusan Victor Andrag harap rentak kemenangan KDA FC berterusan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736574353_KDAFC.jpg)
Victor Andrag harap rentak kemenangan KDA FC berterusan
Ketua Jurulatih Interim Kedah Darul Aman (KDA) FC Victor Andrag berharap rentak kemenangan pasukannya akan berterusan di sebalik isu tunggakan gaji yang dihadapi.
![Kakitangan Parlimen Malaysia bantu mangsa banjir di Jeniang, Kedah Kakitangan Parlimen Malaysia bantu mangsa banjir di Jeniang, Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71734951160_MajlisPelancaranSk.jpg)
Kakitangan Parlimen Malaysia bantu mangsa banjir di Jeniang, Kedah
Mereka akan menyampaikan barangan keperluan harian serta membantu membersihkan kediaman mangsa yang terjejas akibat banjir.
![Liga Super: Kedah nafi tarik diri, tiada hasrat ke liga amatur Liga Super: Kedah nafi tarik diri, tiada hasrat ke liga amatur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51734588361_TBLigaSuper.jpg)
Liga Super: Kedah nafi tarik diri, tiada hasrat ke liga amatur
KDA FC menegaskan bahawa mereka akan terus bersaing dalam Liga Super Malaysia dan menafikan segala khabar angin yang dimaksudkan sebelum ini.
![Banjir: Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim kembali beroperasi hari ini Banjir: Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim kembali beroperasi hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41732879406_LapanganTerbang.jpg)
Banjir: Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim kembali beroperasi hari ini
Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) yang ditutup akibat bencana banjir sejak 10 hari lalu, kembali beroperasi hari ini.
![Amaran banjir di empat negeri dari 8 Disember sehingga 11 Disember - JPS Amaran banjir di empat negeri dari 8 Disember sehingga 11 Disember - JPS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71733020507_banjir.jpg)
Amaran banjir di empat negeri dari 8 Disember sehingga 11 Disember - JPS
Ia berikutan amaran hujan berterusan yang dikeluarkan oleh Jabatan Metereologi Malaysia (METMalaysia), pada Khamis.
![Sisa jerami padi hasilkan produk kelestarian industri di peringkat global Sisa jerami padi hasilkan produk kelestarian industri di peringkat global](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41733391116_tbSISAJERAMI.jpg)
Sisa jerami padi hasilkan produk kelestarian industri di peringkat global
Penghasilan 'emas hijau' atau produk pembungkusan terbiodegradasi yang diproses daripada sisa jerami padi di Gurun, Kedah dianggarkan mencecah nilai pasaran RM60 juta.
![Bin Zayed tarik diri projek Langkasuka: Sanusi bidas pihak salahkan kerajaan negeri Bin Zayed tarik diri projek Langkasuka: Sanusi bidas pihak salahkan kerajaan negeri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41732436143_MuhammadSanusiMdN.jpg)
Bin Zayed tarik diri projek Langkasuka: Sanusi bidas pihak salahkan kerajaan negeri
Muhammad Sanusi membidas pihak-pihak yang mengaitkan keputusan Bin Zayed International LLC menarik diri daripada projek Langkasuka di Langkawi dengan kegagalan kerajaan negeri.
![Kerajaan sedia peruntukan pembangunan RM942.85 juta untuk Kedah, Perlis Kerajaan sedia peruntukan pembangunan RM942.85 juta untuk Kedah, Perlis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51731534247_peruntukanpembangu.jpg)
Kerajaan sedia peruntukan pembangunan RM942.85 juta untuk Kedah, Perlis
Kerajaan Persekutuan telah menyediakan peruntukan pembangunan berjumlah RM942.85 juta di Kedah dan Perlis bagi mewujudkan kawasan perindustrian baharu di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).
![Kedah henti perbincangan jual 100 peratus saham dengan Mahsuri Medical Centre Kedah henti perbincangan jual 100 peratus saham dengan Mahsuri Medical Centre](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81731322690_KedahDarulAman.jpg)
Kedah henti perbincangan jual 100 peratus saham dengan Mahsuri Medical Centre
KDA FC memaklumkan bahawa kelab itu telah membuat keputusan untuk menghentikan perbincangan penjualaan 100 peratus saham mereka dengan Mahsuri Medical Centre.
![Polis nafi dakwaan gagal siasat kes dokumen palsu hak milik tanah di Kedah Polis nafi dakwaan gagal siasat kes dokumen palsu hak milik tanah di Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51729925507_RamliMohamedYoosuf.jpg)
Polis nafi dakwaan gagal siasat kes dokumen palsu hak milik tanah di Kedah
Polis menyifatkan dakwaan yang disebarkan melalui akaun TikTok 'Abuismailabuyaziz' itu adalah tidak benar dan berniat jahat.