Lebih RM200,000 jumlah denda dikenakan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) kepada individu-individu yang mengambil penumpang secara haram di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2 melalui tangkapan yang dijalankan sepanjang tahun lepas.
Pengurus Besar Kanan Bahagian Penguatkuasaan SPAD, Datuk Che Hasni Che Ahmad berkata operasi penguatkuasaan yang dilakukan secara berterusan sepanjang 2016 itu membabitkan 58 kes tangkapan yang terdiri daripada pemandu teksi, kereta sapu, Uber dan GrabCar serta ulat tiket.
"Aktiviti 'mengulat' atau menarik penumpang yang tiba di lapangan terbang ini telah berleluasa sejak bertahun lalu dan menjejaskan pendapatan para pemandu teksi berdaftar di KLIA dan KLIA2," katanya ketika sidang media sempena 'Ops Parasit' di KLIA malam tadi.
"Lima puluh lapan individu terbabit merupakan warga tempatan dan tangkapan dibuat mengikut Seksyen 205 (1) Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010, pada tahun lalu juga sebanyak 58 kenderaan telah disita akibat kesalahan mengambil penumpang secara haram di KLIA dan KLIA2," katanya.
Menurut Che Hasni, dalam operasi terbaharu hari ini yang bermula pada pukul 6 pagi hingga 8 malam, pihaknya berjaya menahan tiga ulat di KLIA serta KLIA2 dan mereka kini sedang direman dan akan dibawa ke Mahkamah Sepang untuk sebutan kes hari ini (Rabu).
Tambahnya pihaknya mendapati aktiviti mengulat menjadi lebih parah dengan penglibatan pemandu Uber dan GrabCar yang mula dikesan aktif di dua lokasi tersebut sejak Oktober lepas.
"Ketika menjalankan aktiviti 'mengulat' itu, mereka biasanya akan menutup aplikasi yang digunakan bagi mengelak dikesan pihak syarikat pengendali perkhidmatan masing-masing dan kemudian akan menarik para penumpang dan pelancong yang baru tiba di lapangan terbang, " katanya.
Kata beliau, sepanjang operasi itu dilakukan ada pemandu yang telah ditangkap pihak SPAD sehingga tiga kali atas kesalahan yang sama kerana hasil pendapatan lumayan yang berjaya diraih melalui aktiviti tersebut.
"Untuk kes seperti itu, biasanya kita akan meminta pihak mahkamah mengenakan hukuman yang lebih berat dari sebelumnya untuk kesalahan yang berulang," katanya.
Katanya operasi penguatkuasaan untuk menangkap individu yang terlibat dengan aktiviti 'mengulat' akan diterus pada tahun ini dan meminta kerjasama para penumpang untuk tidak menggunakan perkhidmatan mereka. --Bernama
Bernama
Wed Jan 04 2017
Che Hasni berkata berkata operasi penguatkuasaan yang dilakukan secara berterusan sepanjang 2016 itu membabitkan 58 kes tangkapan yang terdiri daripada pemandu teksi, kereta sapu, Uber dan GrabCar serta ulat tiket. - Gambar fail
Bola sepak Malaysia di fasa transisi
Pencapaian terbesar tahun ini adalah penyertaan Malaysia di Piala Asia 2023 di Doha, Qatar.
Parlimen: Hala tuju industri francais, status Ombudsman antara tumpuan hari ini
Hala tuju pembangunan industri francais, pengagihan bantuan kepada petani terjejas banjir serta status penubuhan Ombudsman Malaysia, akan dibincangkan pada hari terakhir persidangan.
Malaysia alu-alukan dua resolusi PBB tegakkan hak asasi mutlak rakyat Palestin
Malaysia teguh dengan pendirian berprinsip mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik
Penaja kepada pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia, Victor, membuat permohonan maaf berhubung kesilapan melibatkan logo Jalur Gemilang yang terbalik di jersi pemain itu pada perlawanan pertamanya di Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Rabu.
Perubahan iklim: Kerjasama, komitmen antarabangsa perlu jayakan aspirasi
Nik Nazmi berkata, komitmen antarabangsa amat signifikan dan boleh dipuji, biarpun belum mencapai tahap yang dikehendaki.
Import kenderaan China ke AS catat rekod tertinggi Januari-Oktober
Pada Januari-Oktober, AS membeli kenderaan dari China bernilai US$2.89 bilion - peningkatan tahunan sebanyak 1.5 kali ganda.
RUU Majlis Media Malaysia dibentangkan kali pertama hari ini
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang hari ini, bertujuan memperkasa etika kewartawanan, menggalakkan pelaporan bertanggungjawab, dan menyokong pembangunan media negara.
Isu STEM dan kebajikan nelayan tumpuan hari ini
Sidang terakhir Parlimen hari ini membincangkan isu pendidikan STEM, kebajikan nelayan, semakan Akta Taska 1984, serta pembentangan Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia 2024.
Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun
Situasi banjir di Kelantan pulih sepenuhnya malam tadi manakala jumlah mangsa di Terengganu terus menurun.
UK sumbang 13 juta pound kepada UNRWA
Perdana Menteri United Kingdom (UK) Keir Starmer mengumumkan sumbangan sebanyak £13 juta pound kepada Agensi Bantuan Dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian Palestin (UNRWA).
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Ambil penumpang secara haram, denda lebih RM200,000 dikenakan SPAD sepanjang 2016
Lebih RM200,000 jumlah denda dikenakan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) kepada individu-individu yang mengambil penumpang secara haram di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).