KULIM: Pemandu serta tiga kakitangan sebuah hospital swasta nyaris maut apabila ambulan yang dinaiki mereka terbalik selepas dilanggar sebuah kereta dalam kemalangan di Jalan Simpang Empat berhampiran persimpangan lampu isyarat Pejabat Pendidikan Daerah Kulim, di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Sazalee Adam, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 10.30 pagi ketika itu ambulan itu dikatakan dalam perjalanan ke Hospital Kulim.
“Sebaik tiba di persimpangan lampu isyarat ambulan terbabit dikatakan memasang siren kecemasan dan melepasi lampu isyarat.
“Bagaimanapun secara tiba-tiba sebuah kereta datang dari arah kiri melanggar bahagian tengah ambulan sehingga terbalik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, akibat perlanggaran itu ambulan terbalik di atas jalan.
“Pemandu serta tiga individu berada dalam ambulan terselamat tanpa mengalami kecederaan.
“Manakala pemandu kereta itu juga tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Adie Sufian Zulkefli
Wed Sep 22 2021
Secara tiba-tiba sebuah kereta datang dari arah kiri melanggar bahagian tengah ambulan sehingga terbalik. - Foto PDRM
Jambatan Bailey di Jalan Kuantan-Segamat dibuka semula hari ini
Jambatan Bailey di Seksyen 102 Jalan Kuantan-Segamat yang ditutup sebelum ini untuk kerja-kerja pembaikan dibuka semula bermula 4 petang tadi.
Pentadbiran AS 'tekad' capai gencatan senjata antara Israel, Hamas - Blinken
Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken pada Rabu berkata pentadbiran Amerika Syarikat (AS) "bertekad" untuk mencapai perjanjian gencatan senjata antara Israel dan kumpulan Hamas.
Johor perlu pacu automasi, guna teknologi dan gaji lebih tinggi - Liew
Johor mesti memacu kadar automasi, penggunaan teknologi baharu serta gaji yang lebih tinggi secara menyeluruh untuk memanfaatkan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ)
AWANI Ringkas: Kebocoran gas | Tuntutan palsu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Isu Palestin: PM Anwar pilih pertahan prinsip berbanding takut pelaburan terjejas
Anwar mengakui usaha menarik dan merealisasikan pelaburan bernilai tinggi masuk ke negara ini bukan sesuatu yang mudah, apatah lagi ia sesuatu yang amat penting bagi meningkatkan ekonomi negara.
Tumpuan Khamis - 02 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PM Singapura mahu warga bersatu, kekalkan kestabilan politik dalam ucapan terakhir
Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong menyeru rakyat Singapura supaya terus bersatu padu dan mengekalkan kestabilan politik bagi hala tuju Singapura ke hadapan.
Mei Xing hampa gagal sumbang mata buat Malaysia
Mei Xing tidak dapat menyembunyikan kesedihannya selepas gagal menyumbang mata kedua buat pasukan Malaysia ketika menentang Australia.
Profil Malaysia semakin meningkat di mata dunia - PM Anwar
Bukan ingin mendabik dada atau bersikap sombong, tetapi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melihat profil Malaysia kembali meningkat dan dihormati di mata dunia.
Kenaikan gaji penjawat awam tidak lagi pentingkan kelompok tertinggi seperti dahulu – PM Anwar
Kenaikan gaji penjawat awam melebihi 13 peratus, seperti yang diumumkan pada Hari Pekerja 2024, adalah berbeza dengan kenaikan yang pernah dilaksanakan dalam pentadbiran terdahulu.
Ambulan terbalik dirempuh kereta di persimpangan lampu isyarat
Kejadian berlaku kira-kira jam 10.30 pagi ketika itu ambulan itu dikatakan dalam perjalanan ke Hospital Kulim.
Wanita mengandung dalam ambulans terbalik selamat lahirkan anak
Ismala Mat, 40 tahun, selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada pukul 3.13 pagi tadi.