awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek ada pengetahuan, kemahiran dalam pembuatan bahan letupan - Polis
Kes petrol RON95 disyaki tercemar: KPDN Sarawak buka kertas siasatan
Terowong terpanjang di dunia dibuka di Xinjiang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Johor perlu pacu automasi, guna teknologi dan gaji lebih tinggi - Liew

Bernama
Bernama
01/05/2024
14:06 MYT
Johor perlu pacu automasi, guna teknologi dan gaji lebih tinggi - Liew
Liew berkata JS-SEZ merupakan usaha penting kerajaan Persekutuan untuk mewujudkan dorongan pembangunan baharu di Johor menerusi kerjasama rapat dengan Singapura. - Gambar fail/Bernama
JOHOR BAHRU: Johor mesti memacu kadar automasi, penggunaan teknologi baharu serta gaji yang lebih tinggi secara menyeluruh untuk memanfaatkan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong.
Menerusi catatan dalam lamannya di Facebook, beliau berkata tidak ada manfaat untuk mengeluh mengenai kehilangan pekerja kepada Singapura sebaliknya, firma Malaysia perlu mewujudkan lebih banyak pekerjaan berkualiti dengan gaji lebih baik untuk pekerja tempatan.
Liew yang juga Ahli Parlimen Iskandar Puteri berkata JS-SEZ merupakan usaha penting kerajaan Persekutuan untuk mewujudkan dorongan pembangunan baharu di Johor menerusi kerjasama rapat dengan Singapura.
"Johor berada di barisan hadapan permulaan pertumbuhan pesat negara. Dunia telah mengalihkan tumpuannya ke arah Asia Tenggara dan Malaysia adalah negara utama di Asia Tenggara.
"Di Malaysia, Johor sedang dibangunkan untuk menjadi bandar ekonomi kedua seperti Osaka di Jepun, Melbourne di Australia dan Busan di Korea Selatan," katanya.
Beliau berkata walau bagaimanapun, pelaburan semata-mata tidak mencukupi dan usaha mesti dilakukan untuk meningkatkan gaji, produktiviti dan penggunaan teknologi.
"Pelaburan sama ada domestik atau luar negara dibawa masuk kerana kita mahu mencipta pekerjaan yang lebih baik dengan gaji yang lebih tinggi, dan untuk mewujudkan perniagaan dan keupayaan perindustrian Malaysia yang lebih kukuh," katanya.
Liew berkata negara secara amnya perlu menghindari kitaran kejam gaji rendah, produktiviti rendah dan penggunaan teknologi rendah.
"Sebaliknya, kita perlu berada dalam kitaran baik gaji yang lebih tinggi, produktiviti yang lebih tinggi dan penggunaan teknologi yang meningkat," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JS-SEZ
#penggunaan teknologi
#pelaburan
#pekerjaan berkualiti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan