awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan

Ambulans dalam perjalanan ambil pesakit terlibat kemalangan

Bernama
Bernama
17/11/2023
15:40 MYT
Ambulans dalam perjalanan ambil pesakit terlibat kemalangan
Sebuah ambulans yang dalam perjalanan mengambil pesakit di sebuah rumah, terlibat dalam kemalangan dengan kereta jenis Perodua Kancil dalam kejadian di KM 6.6 Jalan Pantai, Port Dickson dekat sini petang tadi. - BERNAMA
SEREMBAN: Sebuah ambulans yang dalam perjalanan mengambil pesakit di sebuah rumah, terlibat dalam kemalangan dengan kereta jenis Perodua Kancil dalam kejadian di KM 6.6 Jalan Pantai, Port Dickson dekat sini petang tadi.
Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed berkata bagaimanapun, pemandu ambulans berusia 43 tahun bersama penolong pegawai perubatan dan pembantu perawatan kesihatan sebuah hospital itu tidak mengalami kecederaan.
Beliau berkata pemandu kereta iaitu wanita berusia 48 tahun dan anak perempuannya, 10, pula mengalami kecederaan ringan dan dirawat di Zon Hijau Hospital Port Dickson, manakala seorang lagi anak perempuannya berumur 7 tahun tidak cedera.
"Siasatan awal mendapati sebelum kemalangan, ambulans berkenaan mendapat panggilan kecemasan dan bergerak dari arah Hospital Port Dickson menghala ke Taman Megah Shellgate.
"Tiba di lokasi kejadian, kereta yang berada di lorong kanan hadapan ambulans secara tiba-tiba masuk ke simpang kanan sehingga ambulans terlanggar bahagian belakang kereta itu dan menyebabkan ia terbalik," katanya dalam kenyataan malam ini.
Aidi Sham berkata siasatan masih diteruskan dan kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59).
Beliau berkata orang ramai atau saksi yang mempunyai maklumat berkenaan kemalangan boleh berhubung dengan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson menerusi talian 06-6472222.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#panggilan kecemasan
#Hospital Port Dickson
#mengambil pesakit
#Perodua Kancil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.