ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 19 Oktober 2026.
Jerebu: KPM lanjut tempoh pengisian markah UASA, peperiksaan akhir sesi akademik dan PAJSK
KPM dalam kenyataan hari ini memaklumkan tarikh akhir pengisian markah Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) dan Peperiksaan Akhir Sesi Akademik (PAT/PASA) dilanjutkan selama seminggu, iaitu daripada 21 Nov kepada 28 Nov ini.
Dua beranak maut dihempap kontena, pemandu lori ditahan
Kejadian berlaku ketika sebuah lori kontena sedang menjalankan kerja mengangkat kontena menggunakan kren di bahu jalan.
PM nafi hutang 1MDB sudah lunas, hutang baharu ikut kemampuan
Kerajaan menegaskan setiap pinjaman baharu dibuat secara bertanggungjawab mengikut keperluan dan kemampuan membayar balik untuk mengelak beban hutang berlebihan.
Papagomo bebas lagi kes hasut kait kerajaan pro-Israel
Mahkamah memutuskan pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah, manakala pihak pendakwaan gagal membuktikan kes terhadap tertuduh.
Timbul dakwaan ‘tidak sekufu’, Syed Saddiq pertahan Bella Astillah daripada kecaman
Syed Saddiq menolak dakwaan Bella memerlukan penyelamat, menyifatkan isterinya sebagai wanita berdikari dan tabah membesarkan dua anaknya.
Isu MyEG: Polis rakam keterangan 15 individu termasuk pegawai JPJ
Individu yang dirakam keterangan terdiri daripada 12 pegawai JPJ dan tiga pegawai bank, dengan siasatan bermula selepas laporan polis dibuat 7 Oktober.
Belanjawan 2027: KKM mahu noktahkan era doktor kontrak – Dzulkefly
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) komited menoktahkan era doktor kontrak menerusi Belanjawan 2027 sebagai sebahagian usaha memperkukuh kebajikan petugas kesihatan, selain meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
Jerebu berulang, di mana ketegasan ASEAN? - Penganalisis
Kewujudan pelbagai perjanjian dan inisiatif ASEAN masih belum mencukupi untuk memastikan masalah jerebu rentas sempadan ditangani secara berkesan.
Akmal Saleh kalah saman fitnah, kena bayar Teresa RM300,000
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh kalah dalam kes saman fitnah yang difailkan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dan diperintahkan membayar ganti rugi serta kos keseluruhan RM300,000.
Mahkamah arah permohonan 1MDB ketepi penghakiman ingkar terhadap Jho Low, bapa didengar semula
Mahkamah Rayuan memerintahkan Mahkamah Tinggi supaya mendengar semula permohonan 1MDB dan empat anak syarikatnya bagi mengetepikan penghakiman ingkar yang dimasukkan terhadap ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho dan bapanya, Tan Sri Larry Low Hock Peng.