awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amerika Syarikat akan keluarkan laporan siasatan pembunuhan Jamal Khashoggi

Astro Awani
Astro Awani
25/02/2021
23:17 MYT
Amerika Syarikat akan keluarkan laporan siasatan pembunuhan Jamal Khashoggi
Khashoggi merupakan pengkritik lantang pentadbiran Arab Saudi.
AMERIKA Syarikat (AS) akan mengeluarkan laporan siasatan pembunuhan kejam kolumnis Akhbar Washington Post, Jamal Khashoggi.
Laporan yang disediakan Agensi Risikan Pusat (CIA) itu dijangka mengaitkan pembunuhan itu secara langsung dengan Putera Mahkota Arab Saudi Putera Mohammed Salman.
Ia bakal mendedahkan Putera Mohammed didakwa membenar dan mengarahkan pembunuhan Khashoggi.
Sementara itu, jurucakap Jabatan Negara AS Ned Price berkata, pentadbiran Joe Biden akan memaklumkan mengenai tindakan yang akan diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab ke atas kematian Khashoggi.
"Saya menjangkakan tidak lama lagi kita akan bercakap mengenai langkah-langkah mempromosi akauntabiliti berhubung kes jenayah mengerikan ini," kata Price pada Khamis.
Presiden Joe Biden dijangka menghubungi Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz buat pertama kalinya sejak memegang jawatan itu lebih sebulan lalu.
Pembunuhan Khashoggi pada Okt 2018 didakwa dilakukan sepasukan anggota risikan atas arahan Putera Mohammed.
Khashoggi dibunuh di dalam bangunan Konsulat Arab Saudi di Istanbul, Turki.
BACA: Imej terakhir Jamal Khashoggi disiar
BACA: Rakaman audio detik pembunuhan Jamal Khashoggi didedahkan
Mayatnya yang dipercayai dikerat dan dibuang tidak ditemui sehingga kini.
Khashoggi dilaporkan berkunjung ke konsulat untuk mendapatkan surat kebenaran berkahwin.
BACA: Raja Salman, Putera Mohammed bertemu keluarga Khashoggi
BACA: Gelak tawamu kekal dalam jiwaku - Tunang Khashoggi
Mahkamah di Arab Saudi menjatuhi hukuman penjara seumur hidup ke atas lima individu yang didakwa bertanggungjawab atas pembunuhan Khashoggi.
Putera Mohammed bagaimanapun nafi terlibat mengarahkan pembunuhan itu.
Khashoggi merupakan pengkritik lantang pentadbiran Arab Saudi.
Topic Berkaitan
#Pembunuhan
#Jamal Khashoggi
#Amerika Syarikat
#keluarkan
#laporan
#siasatan
#Global
#Arab Saudi
#Washington
#Istanbul
#CIA
#Ned Price
#Putera Mohammed Salman
#Raja Salman Abdulaziz
#Joe Biden
#mahkamah
#jenayah
#Turki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan