awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS akan jual minyak Venezuela 'bagi tempoh tidak pasti' - Setiausaha Tenaga
Bioeconomy Corporation sumbang RM39.9 bilion kepada KDNK
Meta Ray-Ban Display perkenal navigasi baharu, sokongan EMR dan teleprompter
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amerika Syarikat alami kekurangan bekalan susu formula bayi, Biden tandatangan akta atasi masalah

Bernama
Bernama
22/05/2022
08:54 MYT
Amerika Syarikat alami kekurangan bekalan susu formula bayi, Biden tandatangan akta atasi masalah
Awal minggu ini, pentadbiran Biden memaklumkan AS telah membekalkan 1.5 juta botol lapan auns susu formula bayi dari Switzerland ke Indiana bagi membantu kekurangan bekalan susu formula. - Gambar/ AP
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Joe Biden telah menandatangani undang-undang yang dijangka dapat membantu menyelesaikan masalah kekurangan susu formula bayi di negara itu.
"Hari ini saya menandatangani Akta Akses kepada Formula Bayi 2022.
"Akta ini membenarkan keperluan program tertentu ditambah dalam Program Pemakanan Tambahan Khas untuk Wanita, Bayi dan Kanak-kanak supaya orang ramai dapat mengakses susu formula bayi dengan lebih mudah," kata Biden menerusi media sosial pada Sabtu, lapor Sputnik.
Awal minggu ini, pentadbiran Biden memaklumkan AS telah membekalkan 1.5 juta botol lapan auns susu formula bayi dari Switzerland ke Indiana bagi membantu kekurangan bekalan susu formula.
Pada Rabu, pentadbiran Biden menggunakan Akta Pengeluaran Pertahanan untuk meningkatkan pengeluaran susu formula bayi dan menggunakan kapal terbang kargo tentera AS untuk mempercepatkan penghantaran produk ke luar negara, menurut Rumah Putih.
Abbott Nutrition - pengeluar susu formula bayi terbesar di AS - memaklumkan pada Isnin bahawa ia mencapai perjanjian dengan Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) AS untuk menyambung semula pengeluaran susu formula bayi di negeri Michigan selepas diarah tutup oleh kerajaan persekutuan atas kebimbangan faktor pencemaran.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#susu formula bayi
#Joe Biden
#kekurangan bekalan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan