AS akan jual minyak Venezuela 'bagi tempoh tidak pasti' - Setiausaha Tenaga

Wright berkata hasil daripada jualan itu akan "didepositkan ke dalam akaun yang dikawal oleh kerajaan AS" dan seterusnya "disalurkan kembali ke Venezuela untuk manfaat rakyat Venezuela." - Gambar/ Reuters
ISTANBUL: Setiausaha Tenaga Amerika Syarikat (AS) Chris Wright pada Rabu berkata Washington perlu mengawal penjualan minyak Venezuela bagi membawa perubahan yang ingin dilihat di negara itu, sambil menegaskan bahawa AS akan menjual minyak Venezuela "bagi tempoh masa yang tidak pasti", lapor Anadolu Ajansi.
Ringkasan AI
- Setiausaha Tenaga Amerika Syarikat (AS), Chris Wright, berkata Washington perlu mengawal penjualan minyak Venezuela bagi membawa perubahan di negara itu.
- AS akan menjual minyak Venezuela dan hasilnya akan disalurkan kembali ke Venezuela untuk manfaat rakyat setelah disimpan dalam akaun yang dikawal oleh kerajaan AS.
- Keputusan untuk membenarkan penjualan minyak tersebut dilakukan oleh kerajaan AS akan membantu stabilkan pengeluaran minyak Venezuela serta membuka peluang kepada syarikat-syarikat besar Amerika untuk kembali beroperasi di negara tersebut.
Wright menjelaskan bahawa apabila terdapat kemajuan dengan kerajaan Venezuela, AS akan membolehkan alat ganti, peralatan dan perkhidmatan yang diperlukan diimport bagi mengelakkan keruntuhan industri minyak dan menstabilkan pengeluaran, selepas itu output dijangka meningkat semula secepat mungkin.
Beliau menegaskan bahawa bagi jangka panjang, AS akan mewujudkan keadaan yang diperlukan untuk syarikat-syarikat besar Amerika, yang pernah beroperasi atau ingin kembali beroperasi di negara itu, memasuki pasaran berkenaan.
Wright menambah bahawa Venezuela mampu mencapai pengeluaran tambahan sebanyak beberapa ratus ribu tong sehari dalam tempoh jangka pendek hingga sederhana.
Presiden AS Donald Trump pada Selasa mengumumkan bahawa syarikat-syarikat Amerika akan terlibat dalam industri minyak Venezuela susulan campur tangan ketenteraan di negara itu.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


