awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selepas United dan Leverkusen, Erik ten Hag kembali ke FC Twente
Kawalan sempadan diperkukuh, tangkapan rakyat Malaysia di Sungai Golok menurun
Loji penyahgaraman air laut di POIC mampu jadi model selesai bekalan air industri Sabah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amirudin cadang Nurul Izzah pengganti MB Selangor

Bernama
Bernama
21/11/2025
15:15 MYT
Amirudin cadang Nurul Izzah pengganti MB Selangor
Amirudin berkata cadangan itu pernah disuarakan kepada Nurul Izzah dan terpulang kepadanya untuk menerima atau sebaliknya. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari mengakui telah mencadangkan Timbalan Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dilantik bagi menggantikannya sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

Ringkasan AI
  • Cadangan dilontarkan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, untuk melantik Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, sebagai gantinya.
  • Cadangan tersebut bertujuan untuk mengelakkan persepsi nepotisme dan stigma terhadap keluarga politik.
  • Selain itu, Amirudin juga menyatakan kesiapannya untuk bertanggungjawab di peringkat Persekutuan, memberi impak kepada landskap politik Selangor dan Persekutuan.

Amirudin dalam program audio siar, Keluar Sekejap yang dikendalikan Khairy Jamaluddin dan Shahril Sufian Hamdan baru-baru ini berkata cadangan itu pernah disuarakan kepada Nurul Izzah dan terpulang kepadanya untuk menerima atau sebaliknya.
"Saya boleh katakan itu mungkin satu formula yang baik untuk letakkan Puan Nurul Izzah supaya tidak ada persepsi ataupun stigma berkenaan dengan nepotisme dan sebagainya.
"Secara jujurnya, saya dah kemukakan kepada Izzah sendiri, terpulang kepada beliau untuk ambil cadangan itu atau tidak," katanya.
Beliau berkata demikian menjawab soalan Khairy mengenai sama ada terdapat kemungkinan untuk Nurul Izzah bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada pilihan raya akan datang, sekali gus diangkat menjadi Menteri Besar Selangor.
Dalam pada itu, Amirudin yang juga Ahli Parlimen Gombak turut menyatakan kesediaannya untuk menggalas tanggungjawab di peringkat Persekutuan.
"Kalau tanya saya adakah sudah bersedia? Ya saya sudah mempertimbangkan untuk ke Persekutuan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Menteri Besar
#PKR
#Parlimen
#Nurul Izzah Anwar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan