awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amirudin ingatkan calon PKR jaga tertib, amal politik matang ketika berkempen

Bernama
Bernama
12/05/2025
22:20 MYT
Amirudin ingatkan calon PKR jaga tertib, amal politik matang ketika berkempen
Amirudin menemui anggota dan pimpinan Keadilan di Perak, 12 Mei 2025. - Foto X @AmirudinShari
SHAH ALAM: Semua calon yang bertanding dalam Pemilihan PKR 2025 diingatkan supaya menjaga adab dan tertib sepanjang tempoh berkempen serta mematuhi tatacara yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP).
Naib Presiden PKR Datuk Seri Amirudin Shari berkata peringatan itu turut ditujukan kepada dirinya memandangkan beliau turut bertanding mempertahankan jawatan disandang.
Menurutnya pemilihan kali ini bukan sahaja platform untuk memperkenalkan gagasan masing-masing, malah menjadi ruang menilai prestasi pimpinan sepanjang penggal lalu.
"Pemilihan kali ini merupakan peluang untuk melihat semula prestasi kita sebelum ini untuk dinilai oleh anggota parti, selain turut diperhatikan oleh rakyat.
"Sebagai parti teras dalam Kerajaan Perpaduan, rakyat akan memerhati segala tindak-tanduk kita. Justeru, marilah kita amalkan politik yang damai dan matang demi kepentingan bersama," katanya yang juga Menteri Besar Selangor menerusi ciapan di platform X.
Proses pencalonan yang berakhir pada Jumaat lepas menyaksikan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dicabar, manakala bagi jawatan Timbalan Presiden menyaksikan pertandingan antara anaknya, Nurul Izzah Anwar dengan penyandang Datuk Seri Rafizi Ramli yang juga Menteri Ekonomi.
KENYATAAN MEDIA POLITIK DAMAI DAN MATANG, KUNCI KERUKUNAN PEMILIHAN KEADILAN 2025 12 Mei 2025 Saya memerhati dengan tekun dan teliti perkembangan rancak berkaitan Pemilihan KEADILAN peringkat Pusat yang sedang berlangsung. Saya juga menekuni kenyataan media yang dikeluarkan pic.twitter.com/uq2sk7F7jL
— Amirudin Shari (@AmirudinShari) May 12, 2025
Sementara itu, bagi jawatan Naib Presiden, sebanyak 12 pencalonan diterima termasuk tiga penyandang iaitu Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Mat; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang serta Aminuddin.
Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Muhammad Kamil Abdul Munim menang tanpa bertanding jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), manakala jawatan Ketua Wanita menyaksikan pertandingan antara Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dan Ahli Parlimen Ampang Rodziah Ismail.
Kongres Nasional PKR termasuk Kongres AMK dan Wanita dijadual berlangsung pada 21 hingga 24 Mei ini di Johor Bahru dengan hari pengundian ditetapkan pada 23 Mei.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amirudin Shari
#PKR
#Pemilihan PKR 2025
#Jawatankuasa Pemilihan Pusat PKR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami