awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wabak norovirus tangguh aksi pembukaan hoki ais wanita Finland
Lakaran kaki Michelangelo dijual RM90 Juta, lebih 10 kali anggaran asal
Lebih 200 premis makanan terima pengiktirafan BeSS, 72 premis diarah tutup di Kelantan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ammar dilantik sebagai Ketua Pengarah Tourism Malaysia baharu

Hafizi Rosli
Hafizi Rosli
14/04/2023
02:51 MYT
Ammar dilantik sebagai Ketua Pengarah Tourism Malaysia baharu
Datuk Ammar Abd. Ghapar dilantik sebagai Ketua Pengarah Lembaga Pengalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) baharu berkuat kuasa 12 April 2023. - Gambar ihsan Tourism Malaysia Corporate
PUTRAJAYA: Datuk Ammar Abd. Ghapar dilantik sebagai Ketua Pengarah Lembaga Pengalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) baharu berkuat kuasa 12 April 2023.
Dalam kenyataan Tourism Malaysia pada Jumaat memaklumkan, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing bersetuju melantik Ammar secara rasmi bagi menggantikan Datuk Zainuddin Abdul Wahab yang bersara wajib pada 10 April lalu.
Beliau sebelum ini merupakan Pengarah Kanan Bahagian Promosi Antarabangsa (Amerika, Eropah dan Oceania).
Sepanjang 35 tahun dalam perkhidmatan awam, Ammar juga pernah menggalas tugas sebagai Pengarah Kanan Pengurusan selain menerajui Bahagian Perancangan Strategik serta Bahagian Domestik & Acara Tourism Malaysia.
Pada tahun 2021, Ammar juga mengetuai Sekretariat Pasukan Petugas Gelembung Perjalanan bagi memacu usaha pemulihan industri pelancongan yang terkesan akibat pandemik COVID-19.
Beliau juga merupakan Profesor Adjung di Fakulti Hotel dan Pengurusan Pelancongan, UiTM sehingga kini.
Topic Berkaitan
#Tourism Malaysia
#pelancongan
#Ketua Pengarah
#MOTAC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan