awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China wajibkan bateri EV tidak boleh terbakar dan meletup bermula 2026
Penunggang motosikal cedera parah dalam kemalangan tiga kenderaan di Jenjarom
Lelaki Indonesia maut tertimbus tanah runtuh di Bandar Penawar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anak bongsu Musa Aman meninggal dunia

Eleanor Michelle Patrick
Eleanor Michelle Patrick
24/08/2021
06:28 MYT
Anak bongsu Musa Aman meninggal dunia
Arwah Mohammed Hayssam merupakan adik kepada Ahli Parlimen Sipitang, Yamani Hafez Musa dan menantu kepada Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar.
KOTA KINABALU: Anak bongsu kepada bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman meninggal dunia di sebuah hospital swasta, di Kota Kinabalu hari ini selepas bertarung dengan kanser dan COVID-19.
Satu kenyataan media yang dikeluarkan pejabat Musa mengesahkan perkara tersebut dan menyebut anak lelakinya, Mohammed Hayssam, 34, telah meninggal dunia.
"Dengan perasaan yang sangat sedih kami mengumumkan pemergian Mohammed Hayssam bin Musa pada 24 Ogos 2021. Hayssam meninggalkan seorang isteri dan anak perempuan.
"Kami meminta agar semua pihak menghormati privasi keluarga dalam tempoh yang sangat sukar ini.
"Semoga Allah merahmati roh dan menempatkan arwah dalam kalangan orang yang beriman," menurut kenyataan itu.
Sebelum ini The Star melaporkan Allahyarham Mohammed Hayssam menghidap kanser limfoma sebelum dijangkiti COVID-19 dan menerima rawatan di Hospital Gleneagles di sini.
Perkara itu disahkan oleh bapa mentua Allahyarham yang juga Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Gulam Haidar Khan Bahadar pada Selasa.
Topic Berkaitan
#Anak bongsu Musa aman
#meninggal dunia
#Ketua Menteri Sabah
#Mohammed Hayssam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan