awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anak dikhuatiri lemas, ibu selamat ketika mandi sungai di Gerik

Bernama
Bernama
17/11/2024
21:40 MYT
Anak dikhuatiri lemas, ibu selamat ketika mandi sungai di Gerik
Bomba melaksanakan operasi mencari dan menyelamat dengan menggunakan teknik mencari di permukaan air berdekatan lokasi mangsa dipercayai lemas. - Foto JBPM Perak
IPOH: Seorang wanita berusia 20 tahun dikhuatiri lemas manakala ibunya yang berusia 48 tahun terselamat ketika mandi di sungai bersama ahli keluarga dalam kejadian di Sungai Air Berok, Jalan Padang Setang, Kampung Kerunai Gerik petang semalam.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata mangsa dikenali sebagai Nur Arina Azizan dipercayai hanyut dibawa arus deras manakala ibunya diselamatkan orang awam dan dibawa naik ke tebing sebelum ketibaan pihak bomba.
"Bomba menerima panggilan pada 3.11 petang dan melaksanakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dengan menggunakan teknik mencari di permukaan air berdekatan lokasi mangsa dipercayai lemas.
"Turut terlibat ialah pasukan kayak daripada pasukan bomba sukarela Kampung Kerunai dengan sembilan kayak melaksanakan pencarian menyusuri sungai," katanya dalam kenyataan malam tadi.
Beliau berkata pencarian turut dibantu agensi lain termasuk pasukan Unit Anjing Pengesan (K9).
Bagaimanapun, operasi ditangguh 7 malam tadi dan akan disambung 8 pagi ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lemas
#Gerik
#mandi sungai
#hanyut dibawa arus deras
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan