awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anak lebam-lebam, polis tahan ibu kandung dipercayai dera bayi 7 bulan

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
09/03/2021
06:12 MYT
Anak lebam-lebam, polis tahan ibu kandung dipercayai dera bayi 7 bulan
Wanita itu ditahan susulan laporan polis dibuat suaminya yang mengesyaki bayi lelaki mereka didera berikutan terdapat kesan lebam pada tubuh bayi. - Foto PDRM
BUTTERWORTH: Polis Pulau Pinang menahan seorang wanita selepas dia dipercayai mendera dan memukul anak kandungnya berusia tujuh bulan dalam kejadian di sebuah pangsapuri di sini.
Wanita yang berusia 25 tahun itu ditahan susulan laporan polis dibuat suaminya yang mengesyaki bayi lelaki mereka didera berikutan terdapat kesan lebam pada badan dan mata anaknya namun tidak mengetahui perbuatan siapa.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, berkata wanita yang bekerja sebagai pembantu kedai makan itu telah menghantar anak yang dalam jagaannya penjagaannya ke rumah suaminya di Kuala Bekah, Penaga pada jam 4.30 petang Sabtu lalu.
“Pengadu kemudiannya meminta kakak iparnya memandikan anaknya namun terkejut sebaik dimaklumkan terdapat kesan lebam pada bahagian badan serta mata anaknya.
“Pengadu seterusnya membawa anaknya ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk pemeriksaan lanjut sebelum pegawai perubatan mengesahkan terdapat kesan lebam di dahi, muka dan perut sebelah kiri selain terdapat pendarahan di konjunktiva (mata) di sebelah kanan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Wanita itu ditahan susulan laporan polis dibuat suaminya yang mengesyaki bayi lelaki mereka didera berikutan terdapat kesan  lebam. - Foto PDRM
Wanita itu ditahan susulan laporan polis dibuat suaminya yang mengesyaki bayi lelaki mereka didera berikutan terdapat kesan lebam. - Foto PDRM
Hasil siasatan lanjut ke atas suspek, dia memberitahu mangsa terjatuh dari buaian ketika dalam jagaan kawan-kawan lelakinya di pangsapuri yang didiaminya menyebabkan kecederaan tersebut.
“Bagaimanapun, keterangan diberikan suspek meragukan sebelum pihak polis menahannya bagi membantu siasatan," katanya.
Berdasarkan siasatan awal, wanita itu dan suaminya tinggal berasingan namun sering menghantar bayi mereka ke rumah ibunya untuk dijaga.
Ujian saringan air kencing ke atas suspek mendapati dia positif dadah dan mempunyai tiga rekod lampau berkaitan kes narkotik.
Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Topic Berkaitan
#Kanak-kanak
#dera anak
#ibu kandung ditahan
#lebam pada badan
#polis pulau pinang
#Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara
#mangsa
#bayi
#Noorzainy Mohd Noor
#Berita Terkini
#berita Malaysia
#Berita AWANI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan