awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anak pengasuh ditahan, dipercayai liwat kanak-kanak lelaki 4 tahun

Siti Nur Aqilla Omar
Siti Nur Aqilla Omar
08/12/2024
03:30 MYT
Anak pengasuh ditahan, dipercayai liwat kanak-kanak lelaki 4 tahun
Suspek yang juga pekerja sebuah kilang ditahan kira-kira jam 3.20 petang Ahad. - Gambar hiasan
JOHOR BAHRU: Polis menahan anak pengasuh berusia 23 tahun yang dipercayai meliwat seorang kanak-kanak asuhan ibunya yang berusia empat tahun di Taman Perindustrian Tampoi Jaya di sini, pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, suspek yang juga pekerja sebuah kilang ditahan kira-kira jam 3.20 petang.
"Siasatan awal mendapati mangsa dijaga sejak dua tahun lalu oleh pengasuh terbabit dan dipercayai telah diliwat sebanyak dua kali sekitar bulan Oktober tahun lalu.
"Keluarga mangsa menyedari perubahan diri mangsa, sebelum membuat laporan polis.
"Hasil saringan ujian air kencing mendapati suspek negatif dadah," katanya dalam kenyataan di sini, pada Ahad.
Raub berkata suspek akan direman di Mahkamah Majistret.
Kes disiasat di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun serta sebatan jika disabitkan kesalahan.
Polis menasihatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati dalam memilih pengasuh bagi anak-anak mereka dan melaporkan sebarang kejadian mencurigakan kepada pihak berkuasa.
Topic Berkaitan
#kes liwat
#anak pengasuh
#Kanak-kanak
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan