awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Institusi agama perlu terus angkat pendekatan sederhana, berhikmah - Raja Muda Perlis
Gabenor Minnesota desak Trump keluarkan ICE susulan insiden tembakan maut
Indonesia bakal perkenal harga tanda aras minimum bagi timah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anak Rafizi stabil, bahan suntikan belum dikenal pasti - Polis

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
14/08/2025
09:45 MYT
Anak Rafizi stabil, bahan suntikan belum dikenal pasti - Polis
Shazeli Kahar berkata, berdasarkan pemeriksaan awal, doktor memaklumkan keadaan kanak-kanak itu tidak membimbangkan. - Foto Astro AWANI/ Shahir Omar
SHAH ALAM: Polis masih mengenal pasti jenis bahan yang dicucuk pada lengan kiri anak lelaki Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli, dalam insiden serangan individu tidak dikenali di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya, pada Rabu.

Ringkasan AI
  • Polis masih mengenal pasti jenis bahan yang dicucuk pada lengan anak Datuk Seri Rafizi Ramli, namun pemeriksaan awal mendapati keadaan mangsa tidak membimbangkan dan sampel darah telah diambil untuk ujian lanjut.
  • Rakaman CCTV di lokasi kejadian sedang dianalisis dan telah membantu memberi petunjuk awal kepada siasatan, manakala enam individu termasuk Rafizi dan isterinya telah dirakam keterangan.
  • Kes disiasat di bawah tiga peruntukan undang-undang termasuk Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, dan polis masih menunggu laporan rasmi berhubung mesej ugutan yang diterima isteri Rafizi.

Ketua Polis Selangor, Shazeli Kahar berkata, berdasarkan pemeriksaan awal, doktor memaklumkan keadaan kanak-kanak itu tidak membimbangkan.
"Sampel darah sudah diambil dan pasukan perubatan sedang melakukan ujian bagi menentukan bahan berkenaan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini pada Khamis.
Shazeli bagaimanapun tidak dapat mengesahkan bila keputusan ujian itu akan diperoleh kerana bergantung pada kompleksiti keadaan.
Namun, beliau yakin pihak hospital akan memberi keutamaan kepada kes tersebut.
Media sebelum ini melaporkan anak lelaki bekas Menteri Ekonomi itu diserang dua lelaki bermotosikal di kawasan parkir pusat beli-belah berkenaan.
Rafizi dalam sidang media di Parlimen pada Khamis, berkata percaya serangan itu berkait rapat dengan kelantangannya membongkar skandal sejak dua bulan lalu serta menganggap ia sebagai satu bentuk ugutan terhadap tugasnya sebagai Ahli Parlimen.
Topic Berkaitan
#Rafizi Ramli
#khianat
#Polis Diraja Malaysia
#anak Rafizi
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan