awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
China tegas tolak sebarang perjanjian tarif yang jejaskan kepentingannya
MALAYSIA
BFF 2025 dijangka terima sambutan luar biasa
SUKAN
MAS buru perenang warisan, ikut jejak langkah Singapura
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Anak Tommy Thomas selesai jalani pembedahan, berpotensi hilang penglihatan sebelah

Agensi
Agensi
28/06/2025
15:39 MYT
Sponsor Banner
Anak Tommy Thomas selesai jalani pembedahan, berpotensi hilang penglihatan sebelah
Hannah, 35, yang juga seorang peguam dan aktivis, mengalami kecederaan tersebut selepas ditahan dalam satu protes di barat Sydney pada Jumaat. - Instagram Hannah Thomas
KUALA LUMPUR: Anak kepada bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas, Hannah, dilaporkan telah menjalani pembedahan susulan kecederaan serius yang dia alami dalam satu protes di barat Sydney pada Jumaat.
Menurut laporan Sydney Morning Herald, Hannah, 35, yang juga seorang peguam dan aktivis, mengalami kecederaan tersebut selepas ditahan dalam satu protes di barat Sydney pada Jumaat.
Hannah ditahan ketika melakukan tunjuk perasaan di luar sebuah premis perniagaan yang didakwa membekalkan perkhidmatan salutan logam untuk jet pejuang F-35 yang digunakan oleh Tentera Pertahanan Israel.
Gambar menunjukkan beliau mengalami pendarahan di muka dan mata lebam serta bengkak ketika berada di dalam ambulans.
Sebelum ini beliau pernah bertanding di bawah tiket parti politik berhaluan kiri, Australian Greens, sewaktu pilihan raya umum yang lepas, melawan Perdana Menteri Anthony Albanese.
Polis New South Wales (NSW) menahan lima individu dalam protes yang dianggap tidak sah itu, yang melibatkan kira-kira 60 orang di luar premis SEC Plating di Belmore, selain menyatakan berlaku pergelutan ketika cubaan menahan peserta yang enggan mematuhi arahan.
Hannah, mengalami kecederaan di muka semasa ditahan dan dibawa ke Hospital Bankstown untuk rawatan. Peguamnya, Peter O’Brien, menyifatkan insiden itu sebagai “amat membimbangkan” dan berkata ia mungkin menyebabkan beliau kehilangan sebelah mata.
Walaupun begitu, polis NSW tidak mengklasifikasikan insiden ini sebagai “insiden kritikal” yang biasanya memerlukan siasatan dalaman apabila melibatkan kecederaan serius atau kematian.
Namun, mereka menyatakan keputusan itu boleh disemak semula bergantung kepada laporan perubatan lanjut.
Topic Berkaitan
#Anak Tommy Thomas
#Hannah Thomas ditahan
#Peguam Negara
#Australia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami