KUALA LUMPUR: Seorang pemandu lori dihukum penjara enam bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana membuat hantaran mengancam untuk membunuh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di aplikasi TikTok, tahun lepas.
Hakim N. Priscilla Hemamalini menjatuhkan hukuman itu ke atas Faizal Mohamad, 35, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu dan memerintahkannya menjalani hukuman penjara bermula hari ini.
Faizal yang menangis selepas mendengar hukuman itu, didakwa membuat dan memulakan penghantaran yang mengancam sifatnya terhadap Anwar dan menteri-menteri dengan menggunakan nama profil Tiktok @jaiadani89 dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain pada 20 Nov 2023.
Hantaran itu telah dibaca pada 26 Nov tahun sama, pada 12 tengah hari di sebuah kondominium di Jalan Tong Shin, Dang Wangi di sini, mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama.
Seksyen itu memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas sabitan, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Nurilya Ellyna Nor Azmal berkata hantaran yang dibuat oleh OKS adalah tidak wajar serta bersifat mengancam dan dia perlu lebih berhati-hati menggunakan media sosial.
"Saya mohon OKS dikenakan hukuman setimpal supaya satu mesej pengajaran dapat diberikan kepada OKS dan masyarakat," katanya.
Faizal yang tidak diwakili peguam merayu hukuman denda dikurangkan kerana dia yang baru bekerja dengan berpendapatan RM2,000 sebulan selain perlu menanggung dua anak berumur tujuh dan lapan tahun serta ibu yang menghidap sakit jantung.
"Isteri saya tidak bekerja. Saya ada banyak hutang yang tak bayar dan kelengkapan sekolah anak-anak pun tak beli lagi, oleh itu saya mohon mahkamah memberi tempoh kepada saya untuk bayar denda kerana gaji saya dibayar pada 5 atau 6 haribulan setiap bulan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 30 2024
Tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu dan diperintahkan menjalani hukuman penjara bermula hari ini. -Bernama
13 negara gesa sekatan terhadap Israel daripada serang Rafah
Antara negara yang menandatangani surat berkenaan ialah Australia, yang mana menteri-menteri luar negara terbabit turut meminta gencatan senjata yang mampan.
Sekolah di bandar Bitung ditutup
Sekolah-sekolah ditutup di Bandar Bitung selepas abu dan hujan dari gunung berapi Ruang mencurah di Sulawesi Utara Indonesia.
40 senator Thailand mohon pemecatan Srettha
Ketika rombakan Kabinet bulan lalu, senator itu membantah pelantikan bekas peguam, Pichit Cuenban, sebagai Menteri di pejabat Srettha.
Lelaki bakar rumah ibadat ditembak mati
Polis menembak mati seorang lelaki bersenjata yang membakar rumah ibadat di Rouen Perancis.
Bayaran dam dan korban melalui THiJARI diteruskan
Lembaga Tabung Haji (TH) meneruskan perkhidmatan bayaran dam dan korban melalui aplikasi THiJARI untuk musim haji tahun ini seperti tahun-tahun sebelumnya, bagi memudahkan bakal jemaah haji negara untuk melunaskan tanggungjawab masing-masing.
Singapura kutuk, nasihat warganya di Malaysia berhati-hati
Singapura mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram di Johor pada Jumaat, yang mengakibatkan kematian dua anggota polis dan mencederakan seorang lagi.
Pengajaran kepada kita, akibat fahaman radikal
Insiden yang menimpa dua anggota polis di Ulu Tiram patut dijadikan sebagai pengajaran akibat bila berfahaman radikal.
KJ beri gambaran tak cepat kembali ke dunia politik, jika mampu bertahan
Khairy Jamaluddin berkongsi pengalaman dalam program Ayuh Johor, termasuk melibatkan kejayaan ketika menggalas tugas sebagai menteri sehingga kekalahannya dalam Pilihan Raya Umum Ke-15, yang lalu.
Lebih RM387 juta diperlukan untuk kerja pembaikan cerun runtuh
Lebih RM387 juta diperlukan bagi menjalankan kerja-kerja pembaikan di 531 lokasi cerun runtuh yang dikenal pasti belum dibaiki di seluruh negara.
Mokhzani letak jawatan Pengerusi Maxis
Maxis Bhd pada Jumaat mengumumkan bahawa Pengerusinya, Tan Sri Mokhzani Mahathir akan meletak jawatan berkuat kuasa 30 Jun 2024.
Mercun, bunga api bernilai RM854,000 dirampas
Polis merampas 427 kotak mengandungi pelbagai jenis mercun dan bunga api bernilai RM854,000 dalam satu serbuan di sebuah gudang di kawasan perindustrian Taman Scientex Senai di Kulai, Ahad lepas.
Pemandu lori maut dihempap paip: JKKP P. Pinang keluar notis pemberhentian kerja pemunggahan
JKKP Pulau Pinang juga telah mengarahkan majikan menjalankan siasatan dalaman untuk mengenal pasti punca kejadian.
Kereta, rumah pemandu lori ditembak ketika nyenyak tidur
Seorang pemandu lori terkejut dan bingung selepas mendengar tembakan di pekarangan rumahnya ketika sedang tidur.
Pemandu lori mengaku tidak bersalah cubaan bunuh polis, pandu berbahaya
Muhamad Hasrulnizam membuat pengakuan tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan yang dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret.
Pemandu lori lari SJR dikejar 50 km ditahan polis
Seorang pemandu lori yang telah lari daripada sekatan jalan raya dan dikejar sejauh 50 kilometer, telah diberkas polis semalam, kata Ketua Polis Daerah Jempol Supt Hoo Chang Hook.
Pemandu, kelendan lori didenda miliki karkas babi
Seorang pemandu dan kelendan lori masing-masing didenda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret atas pertuduhan menyeludup 228 keratan karkas babi.
3 anggota penguat kuasa ditahan minta rasuah daripada pemandu lori
Kesemua suspek berusia dalam lingkungan 36 hingga 42 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Negeri Johor sekitar jam 7 malam.
Guna dua nozel isi diesel bersubsidi, syarikat, stesen minyak berdepan tindakan
Seorang pemandu lelaki warga tempatan berumur 40-an tahun juga ditahan untuk siasatan lanjut.
Tolak kekasih dari tingkat 23, pemandu lori didakwa membunuh
Pemandu lori yang ditahan kerana menolak kekasihnya dari tingkat 23 sebuah kondominium didakwa di Mahkamah Majistret, pada Jumaat.
Pemandu lori tolak kekasih disambung reman dua hari
Suspek sebelum ini diberkas dan direman tujuh hari untuk siasatan berhubung kejadian.