awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ancaman beruang kutub tidak lumpuhkan semangat kami - Qobin

Hilal Azmi
Hilal Azmi
23/04/2017
10:27 MYT
Ancaman beruang kutub tidak lumpuhkan semangat kami - Qobin
Muhammad Muqharabbin (tengah) bersama Shahrom (kiri) dan Muhammad Irwan tiba di KLIA hari ini selepas berjaya menamatkan misi penjelajahan ke Titik 90 Darjah Kutub Utara, Khamis lalu. --fotoBERNAMA
Terpaksa berjalan sejauh 18 kilometer sambil menarik kereta luncur salji seberat 30 kilogram tidak melunturkan semangat tiga anak Malaysia untuk sampai ke titik 90 darjah Kutub Utara.
Ketua Ekspedisi Kelab Eksplorasi Tujuh Benua (KE7B) Rentas Kutub Utara 2017, Muhamad Muqharabbin Mokhtaruddin berkata, banyak cabaran terpaksa dilalui bagi menjayakan misi tersebut, termasuk berhadapan dengan ancaman beruang kutub.
"Ancaman beruang kutub yang kami lalui jarang dialami penjelajah sebelum ini, tetapi hasil kerjasama dengan kumpulan penjelajah lain, kami berjaya melaluinya dengan baik.
"Kami bukan berhasrat mencipta rekod, tetapi kejayaan ini diharap menjadi inspirasi kepada yang lain supaya tidak takut menceburi bidang sukan ekstrem," katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), sebaik tiba dari Norway kira-kira jam 12.15 tengah hari tadi.
Jelas Muhamad Muqharabbin, juga dikenali sebagai Qobin, dia turut mensasarkan untuk menjadi rakyat Malaysia pertama melengkapkan Grand Slam, iaitu jelajah Kutub Selatan, selepas berjaya menyelesaikan pendakian di tujuh puncak tertinggi setiap benua dan menjelajah Kutub Utara.
Ekspedisi tersebut membabitkan penjelajahan berski dengan menarik beban kereta luncur salji sejauh 111 kilometer sejak 14 April hingga tiba di destinasinya pada pukul 5.06 petang Khamis (20 April) waktu Kutub Utara atau pukul 11.06 malam waktu Malaysia.
Ekspedisi itu bermula dari Stesen Barneo di Kutub Utara ke Titik 90 Darjah Kutub Utara dan disempurnakan lebih awal empat hari dari jadual asal 11 hari.
Selain Qobin, dua lagi penjelajah yang terlibat ialah atlet dualthlon dan triathlon negara, Shahrom Abdullah dan Muhammad Irwan Yusoff Abdullah.
Ketibaan mereka di KLIA disambut Penasihat KE7B, Datuk Akmar Hisham Mohd Yusof.
Akmar Hisham berkata, pihaknya merancang melaksanakan misi antarabangsa lain akhir tahun ini tetapi ia bergantung kepada dana yang bakal dikumpul kelab berkenaan.
Topic Berkaitan
#Grand Slam
#KE7B
#Kelab Eksplorasi Tujuh Benua
#Muhamad Muqharabbin Mokhtaruddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan