Tanggapan bahawa dokumen yang dibocorkan bekas eksekutif PetroSaudi International, Xavier Justo, telah diubahsuai dibuat berdasarkan andaian yang logik.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata pihaknya tidak dapat membuat andaian lain selain ianya telah diubahsuai kerana dokumen perjanjian antara PetroSaudi dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) itu datang dari Justo sendiri.
"Mudah sahaja... individu yang ditahan ialah Xavier Justo, dan dokumen dilihat bersamanya. Jadi kita tak dapat buat andaian lain selain dia yang membuat pengubahsuaian itu," kata beliau pada sidang media selepas pelancaran pameran GPEC Asia 2015, pada Isnin.
Bagaimanapun katanya ianya masih tertakluk kepada siasatan yang dijalankan pihak berkuasa Thailand, dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan pada bila-bila masa membantu mereka dalam membuat siasatan tersebut.
Katanya, sudah tentu pihak berkuasa Thailand tidak akan terlebih dahulu membuat spekulasi bahawa dokumen itu telah ditokok tambah kerana ianya masih dalam siasatan dan mereka yang menjalankan siasatan tersebut.
Namun, kata Wan Junaidi, segala hasil kertas siasatan akan hanya dikemukakan di mahkamah demi menjaga kredibiliti siasatan itu sendiri.
"Dan sudah tentu apa yang kami (kerajaan) lakukan dan katakan adalah berdasarkan andaian logik bagaimana sesuatu perkara itu boleh berlaku," katanya.
Selain itu, katanya semua pihak akan mengetahui kebenaran di sebalik isu 1MDB hanya selepas ianya selesai disiasat Jabatan Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).
Dalam pada itu, Wan Junaidi berkata kerajaan tidak ada kuasa untuk menghalang terus media daripada membuat spekulasi.
"Orang masih membuat tuduhan terhadap kerajaan sepanjang masa pun, termasuk spekulasi. Media arus perdana, media sosial masih berjalan.
"Saya tidak rasa kerajaan ada kuasa untuk untuk betul-betul menghalang media dari membuat spekulasi tentang apa yang mereka hendak katakan. Ia masih berjalan dan kerajaan tidak akan melarang media... itu janji kerajaan pada 1993 dan dasarnya tetap sama," katanya.
Ditanya mengenai amaran oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menarik balik lesen percetakan akhbar The Edge kerana didakwa menyiarkan berita palsu, beliau berkata itu bergantung kepada keputusan kementerian berdasarkan siasatan.
Beberapa akhbar pada Rabu melaporkan Justo ditahan polis Thailand atas tuduhan memeras ugut PetroSaudi, dan membocorkan emel di antara PetroSaudi dan 1MDB.
Selain itu, KDN juga difahamkan berdasarkan siasatan forensik, sebahagian daripada emel dan dokumen yang disiarkan di portal Sarawak Report sudah diubah atau disunting selepas dicuri dari pengkalan data Petrosaudi.
Tanggapan itu dibuat selepas siasatan awal oleh firma sekuriti siber, Protection Group International (PGI).
Haider Yutim
Mon Jun 29 2015

WAN JUNAIDI: Kerajaan tidak ada kuasa untuk betul-betul menghalang media dari membuat spekulasi.

Khairuddin dakwa Radzi lakukan jenayah qazaf, dinasihat bertaubat
Mohd Khairuddin berkata qazaf juga termasuk dalam kategori jenayah hudud serta antara dosa besar dalam Islam.

Nazmi, Zairul dan Arif pengadil Malaysia pertama adili ACL guna VAR
Muhammad Nazmi bersama pembantu Mohamad Zairul dan Mohd Arif mengadili perlawanan antara Buriram United dan Zhejiang FC yang berlangsung di Thailand.

Video tular: Pejabat Timbalan Menteri KPDN lapor polis
"Tulisan tersebut dengan sengaja mengaitkan dan mengaibkan Timbalan Menteri dengan tujuan menyakiti dan memfitnah beliau."

India minta Kanada kurangkan bilangan diplomat
"Kami telah memaklumkan kepada kerajaan Kanada bahawa perlu ada persamaan dan kesetaraan kedudukan dalam kehadiran diplomatik."

KWAP labur RM500 juta dalam dana perintis
KWAP akan melabur sehingga RM500 juta bagi tempoh 18-24 bulan akan datang untuk Dana Perintis yang baharu dilancarkan dalam usaha melonjakkan ekosistem usaha niaga dan permulaan di Malaysia.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya terus daki ranking FIFA
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Muhyiddin selesai beri keterangan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Agong luang masa santuni penduduk Sungkai
Menurut laman Facebook Istana Negara, Seri Paduka yang memandu sendiri kenderaan turut berkenan menyantuni penduduk tempatan dan mengurniakan sumbangan.

Polis tahan kapal kargo bawa 40,000 liter diesel tanpa permit
Tangkapan dibuat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 setelah kru kapal itu gagal menunjukkan permit atau lesen yang sah dikeluarkan KPDN.
AWANI 7:45 [21/09/2023] - Beli beras ikut keperluan | Harga broadband turun | Polis ambil keterangan Muhyiddin
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Luqman Hariz
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Beli ikut keperluan, jangan panik, bekalan beras cukup, jaminan kerajaan.
- Harga jalur lebar turun tak lama lagi, internet lebih murah.
- Sistem hampir siap, subsidi bersasar sedia dilaksana tahun depan.
- Harimau Malaya terus tunjuk taring, daki kedudukan FIFA.
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Beli ikut keperluan, jangan panik, bekalan beras cukup, jaminan kerajaan.
- Harga jalur lebar turun tak lama lagi, internet lebih murah.
- Sistem hampir siap, subsidi bersasar sedia dilaksana tahun depan.
- Harimau Malaya terus tunjuk taring, daki kedudukan FIFA.
#AWANInews

Laporan jejak wang sahkan RM1.89 bilion 1MDB masuk akaun Najib - Penganalisis BNM
Adam Ariff, saksi pendakwaan ke-47, mengesahkan Tanore memindahkan US$681 juta ke akaun Najib antara 22 Mac 2013 dan 10 April 2013.

AS$30 juta masuk ke akaun Najib dari syarikat samaran - Saksi
Blackstone ialah sebuah syarikat yang dikatakan dikawal oleh ahli perniagaan buruan, Jho Low, melalui rakan sekutunya Tan Kim Loong atau Eric Tan.

Najib terima RM60.6 juta daripada Putera Faisal - Penganalisis BNM
Berdasarkan analisis beliau, bekas Perdana Menteri itu menerima RM60,629,839.43 daripada Putera Faisal Bin Turkey Bin Bandar Alsaud pada 23 Feb 2011 dan 13 Jun tahun sama.

Malaysia tekad dapatkan kembali dana 1MDB daripada Goldman Sachs - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan melakukan segala yang perlu untuk mendapatkan kembali dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB) daripada Goldman Sachs.

Kes pinda laporan audit: Mahkamah Rayuan kekal pembebasan Najib, Arul Kanda
Keputusan itu dibuat tiga hakim Mahkamah Rayuan yang menolak dua notis rayuan dikemukakan pihak pembelaan.

'Mana pernah jerat lupa pelanduk' - KPN tegas usaha jejaki Jho Low masih diteruskan
Menurut Razarudin, siasatan terhadap Jasmine Loo di bawah AMLA masih diteruskan ketika ini.

Kes 1MDB: Malaysia tuntut Roger Ng kembali
Hakim AS menangguhkan tarikh penyerahan Roger Ng, yang dijadualkan pada 6 September, selama sebulan kepada 6 Oktober.

1MDB: Singapura kenakan sekatan seumur hidup terhadap Roger Ng
Penguasa Kewangan Singapura (MAS) telah mengeluarkan perintah larangan seumur hidup (PO) terhadap Ng Chong Hwa, juga dikenali sebagai Roger Ng, bekas Pengarah Urusan Goldman Sachs (Singapura) Pte.

1MDB: PDRM rampas, sita aset Jasmine Loo bernilai lebih RM93.2 juta - Ayob Khan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) merampas dan menyita sebahagian aset milik bekas peguam 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Jasmine Loo Ai Swan.

Jho Low buka akaun syarikat tiga bulan sebelum terima AS$700 juta
Jho Low telah membuka akaun bank Swiss untuk Good Star Ltd tiga bulan sebelum syarikat miliknya itu menerima dana AS$700 juta milik 1MDB.