awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salji sebabkan kesesakan lalu lintas di Paris, utara Perancis
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Gajah mengamuk bunuh enam orang di timur India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggap diri tak sesuai kerja restoran, remaja perempuan ditahan tipu positif COVID-19

Siti Nur Aqilla Omar
Siti Nur Aqilla Omar
07/04/2021
13:38 MYT
Anggap diri tak sesuai kerja restoran, remaja perempuan ditahan tipu positif COVID-19
Remaja itu mengaku menipu kerana tidak mahu datang kerja disebabkan berasa tidak sesuai menjadi pelayan restoran. - Gambar hiasan
ISKANDAR PUTERI: Hanya kerana berasa tidak sesuai bekerja sebagai pelayan restoran di sini, seorang remaja perempuan berusia 19 tahun menipu majikan kononnya dia dijangkiti COVID-19.
Perbuatannya itu menyebabkan majikannya terpaksa menutup restoran serta-merta dan membawa 12 pekerja melakukan ujian saringan COVID-19 sebelum semua mereka didapati negatif penyakit berkenaan, semalam.
Penipuan remaja berkenaan membawa padah apabila pemilik restoran berusia 32 itu membuat laporan polis sebelum dia ditahan di sebuah rumah di Taman Mutiara Rini di sini, jam 1 tengah hari tadi.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar, berkata majikan itu menerima mesej menerusi aplikasi WhatsApp daripada remaja terbabit yang menghantar sekeping gambar surat mendakwa dia positif COVID-19.
"Disebabkan itu, lelaki berkenaan menutup restorannya dan pergi ke klinik bersama 12 pekerja lain untuk membuat ujian calitan COVID-19.
"Selepas semua mereka didapati negatif, majikan itu telah bertanya sendiri kepada remaja berkenaan untuk mengetahui perkara sebenar.
"Remaja itu kemudian mengaku dia telah menipu disebabkan tidak mahu datang kerja gara-gara berasakan dia tidak sesuai bekerja sebagai pelayan restoran," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, remaja itu baharu sahaja sehari diterima bekerja di restoran terbabit pada Isnin lalu.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 420/468 Kanun Keseksaan atas kesalahan memalsukan laporan pemeriksaan ujian calitan COVID-19 dan suspek akan direman," katanya.
Topic Berkaitan
#remaja
#enggan datang kerja
#tipu majikan
#positif COVID-19
#ditahan polis
#restoran
#Iskandar Puteri
#pelayan restoran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan