awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota APM maut dalam kemalangan selepas sempurnakan jenazah pesakit COVID-19

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
25/08/2021
05:19 MYT
Anggota APM maut dalam kemalangan selepas sempurnakan jenazah pesakit COVID-19
Zikri Zafuan, 20, yang juga petugas barisan hadapan mengurus jenazah COVID-19 sedang dalam perjalanan pulang ke rumah bapa saudaranya di Jalan Kuala Ketil semasa terlibat dalam kemalangan. - Gambar ihsan PDRM
SUNGAI PETANI: Baru selesai pengurusan jenazah pesakit COVID-19 di Lembah Bujang, seorang anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) maut selepas motosikal yang ditungganginya dilanggar sebuah treler di simpang empat lampu isyarat berdekatan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di sini, pada petang Selasa.
Dalam kejadian sekitar pukul 5 petang itu, mangsa Zikri Zafuan, 20, yang juga petugas barisan hadapan mengurus jenazah COVID-19 sedang dalam perjalanan pulang ke rumah bapa saudaranya di Jalan Kuala Ketil.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, kemalangan berlaku apabila treler yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 53 tahun tidak berhenti sewaktu lampu isyarat merah lalu merempuh bahagian hadapan kanan motorsikal yang ditunggang mangsa dari laluan simpang kiri sewaktu lampu isyarat hijau.
“Akibat kemalangan itu, mangsa yang menunggang motosikal maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala manakala pemandu treler pula tidak mengalami kecederaan.
“Mangsa yang berasal dari Kampung Ternang Dalam, Tanah Merah, Kelantan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Menurut beliau, polis telah maklumkan kejadian kepada waris mangsa di termasuk kepada pegawai APM Kuala Muda.
Mayat mangsa di hantar ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk bedah siasat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Topic Berkaitan
#anggota APM
#maut kemalangan
#jenazah pesakit COVID-19
#Sungai Petani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan