BACHOK: Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang maut dipatuk ular tedung ketika sedang bertugas bakal mengikat tali pertunangan pada Aidiladha ini.
Lans Koperal Mohd Idris Abdul Samad, 33, meninggal dunia pada jam 9.30 pagi Selasa ketika sedang menjalani rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).
Menurut ibunya, Noriah Awang, 67, anak lelaki daripada lima beradik itu akan bertunang dengan gadis pilihan hatinya yang berasal dari Pasir Tumboh, Kota Bharu.
"Arwah minat dengan haiwan reptilia ini sejak kecil dan dia mempunyai kemahiran mengendalikan haiwan berbisa itu.
"Dia pernah kehilangan jari tengah pada 2017 akibat dipatuk ular.
"Saya sentiasa menasihati arwah supaya berhati-hati ketika bertugas dan tidak menyangka perkara yang dibimbangkan selama ini terjadi," katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Kemasin.
Menurut dia, Mohd Idris dipatuk ular pada jam 8 pagi Ahad ketika memindahkan ular dari guni ke sangkar.
"Pada Isnin malam sekitar jam 11, dia beritahu merasa tidak selesa di bahagian dada.
"Pada jam 3 pagi, anak saya sudah kritikal kerana bisa ular telah menyerang bahagian buang pinggangnya," katanya.
Sementara itu, Pengarah APM Kelantan, Mohd Adzhar Mujab menberitahu, Mohd Idris sudah berkhidmat selama 14 tahun sebagai anggota APM di Kota Bharu.
Menurut beliau, Allahyarham merupakan seorang anggota yang komited dan terlatih dalam menangkap haiwan berbisa.
Jenazah lans koperal itu dikebumikan selepas solat Zohor diiringi keluarga, rakan serta anggota APM Kelantan.
Artikel asal ini diterbitkan di portal Sinar Harian
Sinar Harian
Tue May 09 2023
Noriah menunjukkan gambar anak lelakinya, Lans Koperal Mohd Idris yang meninggal dunia pada Selasa selepas dua hari dirawat akibat dipatuk ular tedung. - Foto Sinar Harian
Senator AS Bernie Sanders sokong penuntut kolej pro-Palestin
Senator Amerika Syarikat (AS) Bernie Senders menyuarakan sokongannya pada Jumaat kepada penuntut kolej yang menunjuk perasaan terhadap serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Separuh akhir Piala Thomas: Lee Zii Jia akur kehebatan Shi Yuqi
Lee Zii Jia, gagal membutirkan mata pertama negara apabila tewas secara set langsung kepada pemain nombor dua dunia dari China, Shi Yuqi.
Musim kemarau: Agensi cuaca Indonesia beri amaran cuaca panas, hujan
Kira-kira 63.66 peratus wilayah Indonesia akan mengalami musim kemarau dari Mei hingga Ogos tahun ini.
Bersih akan memantau perjalanan Pilihan Raya Kecil KKB
Pengerusi BERSIH, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata pertubuhan itu akan turut memantau perjalanan Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Bharu yang akan berlangsung pada 11 Mei depan.
Besut, Felda Belara catat lebih 37 darjah celsius
Felda Tenang di Besut dan Felda Belara di Kuala Terengganu merekodkan suhu panas tahap dua melebihi 37 darjah celsius selama tiga hari berturut-turut.
Bersih akan anjurkan kongres Mei depan
Bersih akan menganjurkan Kongres Bersih sebagai medan mengumpulkan pertubuhan masyarakat sivil, mahasiswa dan rakyat.
Hujan lebat lebih empat jam di Kota Tinggi
Hujan lebat lebih empat jam di Kota Tinggi, Johor menyebabkan kawasan rendah di daerah itu dinaiki air.
Bersih pantau perjalanan PRK Kuala Kubu Baharu
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) akan memantau perjalanan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu yang akan berlangsung pada 11 Mei depan.
AWANI Ringkas: Banjir kilat di Kota Tinggi, 1 PPS dibuka
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PM Anwar umum peruntukan RM250,000 kepada persatuan di Parlimen Tambun
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan sebanyak RM250,000 kepada persatuan-persatuan di kawasan Parlimen Tambun hari ini.
Anggota APM maut dipatuk ular bakal bertunang Aidiladha ini
Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang maut dipatuk ular tedung ketika sedang bertugas bakal mengikat tali pertunangan pada Aidiladha ini.